Popular Posts

Wednesday, 18 December 2019

Tips Anak Tak Picky Eater

Ada beberapa orang tanya, apa yang Shieda buat or ajar anak supaya tak picky eater atau makan apa saja. Dan suka makan sayur?

Nak kata anak langsung tak picky eater tak juga sebenarnya. Sedangkan kita yang dah besar ni pun pilih pilih makan kan😅

Tapi.. Alhamdulillah.. Anak4 Shieda boleh dikatakan semua makan. Kecuali western food. Sebab Shieda pun jarang or boleh kira kot berapa kali masak western kat rumah. Tekak orang kampung dan Melayu walaupun bukan melayu tulen sangat😆😆

Cara Shieda, dari peringkat baby lagi, masa kita mula nak kenalkan solid food pada baby, Shieda beri puri dulu diawal 6 bulan. Shieda mulakan dengan puri buah@ sayur. Ikut proses 4 days rule tu. Shieda tak terus bagi nasi or bubur. Sebab pada Shieda, perut baby masih kecil dan usus baby masih kecil untuk dihadam.

Mulakan dengan puri cair dulu. Blend halus dan tapis (tengok pada jenis sayur dan buah). Sebab baby dah biasa hanya terima cecair (susu) diawal 6 bulan pertama. Tiba tiba nak bagi makanan, mesti dia pun rasa pelikkan.. Hihihi

Bila bagi puri, secara tak langsung baby akan belajar untuk mengenal rasa. Manis, masam, pahit, tawar dsb. Allah jadikan setiap makanan tu perasa semulajadi dah. Bagi baby belajar menelan atau mengunyah selain dari telan susu.

Makin usia meningkat, lebih lebih lagi bila gigi dah tumbuh, puri tu pekatkan sikit. Blend kasar sikit. Dah lepas 4 days rule tu, dan baby dah pandai telan, kunyah, Shieda bagi bubur nasi. Masa ni dah campur sikit sikit bahan lain seperti ayam, sayur dll.

Walau dulu Shieda bekerja, Shieda akan siapkan puri frozen baby untuk seminggu. Dan Shieda tak pernah beri nestum, cerelac atau apa apa instant food pada baby. Semuanya fresh dan organic. Kalau cuti, masak yang baru, sekali siapkan stok untuk frozen. Sebab jika kita bagi instant makanan tu ibarat kita bagi mee segera pada baby😨😨

Kalau travel or bercuti, Shieda bawa oat dan beli pisang.hahaha.. Sebab pisang ni senang tak payah masak pun tak pe.Oat tu bukan Quaker Oat. Tapi oat jenis organic dan besar saiznya berbanding quaker oat. Harga agak mahal sikit. Dah nama makanan organic dan sihatkan.. Mestilah mahal.. Kalau tempat tu ada peralatan untuk memasak, shieda stanby bawa periuk kecil dan beras yang dah siap diblend dan ikan bilis yang dah siap panggang @ goreng tanpa minyak (hancurkan jadi serbuk).

Bila dah 12 bulan ke atas, gigi dah tumbuh banyak, baby dah pandai gigit dan kunyah, Shieda suap nasi dengan lauk yang masak untuk keluarga sekali. Tak asing dah. Senang pun senang😅

Dari situ anak Shieda belajar makan lauk lauk, asam pedas, masak lomak, rendang, kari dll. Sayur dan buah tetap bagi macam biasa.

Alhamdulillah.. Anak semua suka makan dan makan sayur walau ada sayur yang tak makan. Contoh sayur kacang panjang, kacang buncis, kobis, sawi, terung tu jarang masak dan ibu dia pun tak suka sangat😅

Diaorang suka makan sayur mentah, salad, timun, carrot. Kangkung, bayam, tomato, bunga kobis, brokoli pun dah buat ibu happy dah..

Dah masuk 12 bulan tu jugak Shieda start bagi makan Omega Guard Shaklee. Sebelum tu, Shieda latih dan bagi telan kismis dulu. Bila diaorang pass telan dan gigit tanpa tercekik, Shieda berani dan yakin nak bagi telan omega. Kunyah cam gitu je..

Sekarang anak bongsu Shieda Raykal dah umur 3 bulan. Maka lagi 3 bulan lagi untuk dia mula makan solid food. Benda yang sama juga Shieda akan buat dan bagi. Mungkin lebih fresh sebab sekarang ni dah jadi surirumah sepenuh masa. No reason kenapa tak boleh buat makanan fresh @ semulajadi untuk baby.

Lagi 1, kurangkan bagi jajan pada anak. Nak elak tak bagi langsung agak payah. Lebih lebih lagi bila disekolahkan. Bila umur 2 tahun, Shieda bagi susu fresh /susu tepung Fearnleaf family dalam cawan. Tak bagi susu formula ikut peringkat umur dan buang semua botol susu. Susu pun untuk minum waktu pagi dan kadang minum waktu malam. Kadang tak minum sebab anak kenyang makan berat😊

Ini penerangan secara ringkas apa yang Shieda buat pada anak. Alhamdulillah berkesan untuk keempat empat anak Shieda. Moga boleh beri sikit manfaat pada ibu - ibu diluar sana.

#ShiedaShare


Wednesday, 13 November 2019

Kelebihan ESP USP DAN PERBANDINGAN


ESP ni antara cadangan supplement yang perlu diambil jika ada bakal customer or customer yang datang bertanya untuk tujuan tujuan tertentu.

Contoh, customer nakkan supplement untuk mengandung, Shieda akan suggest ESP. ESP bantu untuk kawal gula dalam darah ibu, bantu kurangkan risiko gdm, bantu beri energy dan bagus untuk kurangkan strechmark diperut. Bonus kulit sihat dan berseri even tengah mengandung.

Untuk ibu menyusu?
Pun perlu ambil ESP. Selain beri tenaga dan bantu tahan lapar, ESP pun bantu untuk hasilkan susu yang lebih pekat dan berkualiti sebab dengan adanya bantuan zat dan nutrisi yang ada. Bayi cepat kenyang dan badan pejal.

Nak kurus?
Pun ambil ESP. Sebab kan ESP bantu rasa kenyang lebih lama dengan GI yang lebih rendah. Bantu untuk kurangkan craving makan benda benda ngarut dan manis manis.

Kulit Masalah? Nak cantik?
Yes, perlu repair dari dalam. Protein sangat penting dalam penghasilan tisu tisu kulit. Protein juga penting untuk dapatkan rambut dan kuku yang sihat.

Lelaki boleh ambil ke?
Of course boleh ambil sebab supplement Shaklee tak khas untuk lelaki or perempuan. Even ESP supplement bagus untuk ibu mengandung dan menyusu, tak semesti lelaki tak boleh ambil😅
ESP bantu untuk lelaki yang ingin kekal aktif dan dapatkan badan yang lebih berotot💪

Nak tahu lagi?



Jom whatsapp shieda, free je boleh sembang sembang😊

http://www.wasap.my/60172000748/ESP

Kepada anda yang mencari supplement dan skincare yang selamat secara semulajadi boleh hubungi :
Shieda 0172000748
Cod sekitar seremban dan pos penghantaran seluruh Malaysia
Shaklee Seremban

Friday, 13 September 2019

ESP BAGUS UNTUK IBU MENYUSU DAN BERPANTANG

ESP sangat bagus diambil oleh ibu yang berpantang terutamanya yang bersalin secara czer.

Protein bagus untuk pemulihan tisu badan.

Bukan itu sahaja, bantu untuk beri tenaga dan membantu menghasilkan hormon dalam badan, serta membina sel-sel dalam badan. Hormon oxytocin dan prolactin adalah sangat penting kepada ibu menyusu.

Jom kita kenali hormon yang mempengaruhi penghasilan susu ibu.

HORMIN OXYTOCIN

Hormon Oxytocin tu akan mempengaruhi emosi ibu (sedih gembira, stress, dan lain2). Semakin banyak hormon oxytocin ni dirembes makin gembira la ibu tu dan begitu la juga sebaliknya.

HORMON PROLACTIN

Hormon Prolactin ni bahasa mudahnya adalah hormon yang menghasilkan susu. Jadi secara logiknya bila ibu tu sentiasa gembira, disokong pula dengan konsep (demand & supply) dalam penyusuan, InsyaAllah susu ibu pun akan meriah.

Dalam masa 10 hari berpantang ni, Shieda "takut" ambil ESP setiap hari. Sebab utamanya, susu bertambah - tambah meriah dan selalu datang gejala bengkak susu. Shieda paksakan diri sehari pum paling kurang 2x untuk kurangkan bengkak susu.

Tapi.. Untuk tahan kenyang lebih lama, Shieda ambil juga ESP. Maklumlah, bila menyusu ni memang sentiasa lapar aje..

Dan yang paling penting, Shieda nak cepat sembuh luka czer dari dalam. Protein memang sangat penting untuk proses penyembuhan luka.

Nak ambil ayam atau telur, takut juga. Nak lebih selamat ambil ESP . Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.

ESP memang sangat Shieda sarankan pada ibu mengandung, menyusu dan berpantang. Best dan berbaloi - baloi 😉



Shieda Balqis
Pengedar Sah Shaklee Seremban
Whatsapp : 0172000748

Monday, 2 September 2019

Testimoni Set Kesuburan Shaklee - Hamil Setelah 6 tahun Mencuba

Assalamualaikum.

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua. Mula-mula malu, tapi bila difikirkan boleh membantu orang lain, saya rasa tak salah saya berkongsi berita gembira di sini.

Alhamdulillah, setelah 6 tahun berehat, akhirnya saya disahkan hamil sekali lagi.

2 tahun sudah saya mengalami keguguran setelah kandungan berusia 7 minggu. Kali ini, kandungan telah berusia 9 minggu. Saya cuma berdoa dan tawakkal kepada Allah supaya kali ini ada rezeki, inshaAllah.

Sudah bermacam produk saya ambil, termasuk jamu. Bayangkan balik kampung semua orang tanya soalan yang sama - Bila nak tambah lagi?

Balik kampung mentua, orang tanya - Kapan lagi? Tambah dedeknya.

Tension jugak lama-lama.

Saya pejam mata, tinggalkan semua produk lain termasuk jamu-jamu. Saya istiqamah dengan GLA Complex dan Alfalfa Complex. Tutup mata, pekakkan telinga.

Saya consume GLA dan Alfalfa setiap hari. Ada ja masalah period sikit atau sakit, saya rujuk adik saya sendiri Noorhafiza Mohamad Akib.

6 bulan tanpa jemu makan secara konsisten, Alhamdulillah, syukur berkat doa dan usaha tanpa jemu.


Rakan2 yg masih belum ada anak atau sedang mencuba, amalkanlah GLA dan Alfalfa. Suami makan Zinc dan Vita E.

InsyaAllah, berdoa sentiasa. Syukur Alhamdulillah.

Doakan kali ini rezeki saya hingga 9 bulan." - Puan Watie Akib


Your Certified Shaklee Distributor :) 
COD Seremban / Mambau
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Sunday, 25 August 2019

10 Gaji Pemimpin Tertinggi Dunia, No.9 Buat Netizen Geleng Kepala



Kita mungkin sering tertanya-tanya berapa agaknya gaji pemimpin-pemimpin kita. Mana tidaknya, dengan tanggungjawab berat yang dipikul mereka, tentulah mereka dibayar dengan pendapatan mereka setimpal. Namun begitu berbanding dengan pemimpin-pemimpin dunia, kita masih tertinggal jauh.
Gaji Perdana Menteri kita masih ‘ciput’ jika dibandingkan rakan-rakan sejawatan mereka di bawah. Berikut ialah senarai 10 Gaji Tertinggi Pemimpin Dunia.

1. Lee Hsien Loong
Umur: 67 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri Singapura
Gaji Tahunan: USD1.6 juta (RM6.62 juta)

2. Carrie Lam
Umur: 61 Tahun
Jawatan: Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Hong Kong
Gaji Tahunan: USD568,400.00 (RM2.35 juta)

3. Ueli Maurer
Umur: 68 Tahun
Jawatan: Presiden Switzerland
Gaji Tahunan: USD482,958.00 (RM1.99 juta)

4. Donald Trump
Umur: 72 Tahun
Jawatan: Presiden Amerika Syarikat
Gaji Tahunan: USD400,000.00 (RM1.65 juta)
5. Scott Morrison
Umur: 50 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri Australia
Gaji Tahunan: USD378,425.00 (RM1.56 juta)

6. Angela Merkel
Umur: 64 Tahun
Jawatan: Canselor Jerman
Gaji Tahunan: USD369,727.00 (RM1.52 juta)

7. Jacinda Ardern
Umur: 38 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri New Zealand
Gaji Tahunan: USD339,862.00 (RM1.4 juta)

8. Mohamed Ouid Abdel Aziz
Umur: 62 Tahun
Jawatan: Presiden Mauritania
Gaji Tahunan: USD330,000.00 (1.36 juta)
9. Sebastian Kurz
Umur: 32 Tahun
Jawatan: Canselor Austria
Gaji Tahunan: USD328,584.00 (RM1.35 juta)

10. Xavier Bettel
Umur: 46 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri Luxembourg
Gaji Tahunan: USD278,035.00 (RM1.15 juta)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Monday, 1 July 2019

Kategori Ibu Menyusu

Ada ibu menyusu yang :

1) Susu meriah semulajadi, tanpa bantuan milkbooster pun dah cukup

2) Susu sederhana meriah, jika kurang konsep demand and supply, emosi terganggu dan beberapa faktor lain akan mengganggu penghasilan susu. Jika apply konsep demand and supply dan pandai kawal emosi susu akan meriah seperti no 1

3) Susu tak meriah, perlukan milkbooster untuk bantu penghasilan susu. Tambah pula emosi terganggu sebab selalu fikir susu tak cukup, susu tak ada dsb

Jika ada ibu yang tergolong dalam kategori no 1, bersyukurlah dan sentiasa apply dan jaga emosi agar tak drop ke tangga no 2 atau 3.

Ada ibu yang no 2 & 3 sibuk dengan kerjaya dan aktiviti harian, tak sempat nak sediakan makanan yang bantu untuk tingkatkan susu (seperti lobak putih, air rendaman kurma, oat dll) . Jadi sebab inilah supplement untuk milkbooster diperlukan.

Sepanjang proses menyusu dari kembar, dari zaman bekerja Shieda dah lalui situasi no 1,2 dan 3. Walau memang susu meriah lepas bersalin, masa tu belum telan apa - apa lagi supplement, Shieda tetap ambil supplement dan apply konsep demad and supply. Sebab kadang emosi memang terganggu lebih - lebih lagi bila sibuk di tempat kerja, kadang tertekan fikir takut tak sempat nak pum susu dsb.

Jadi, Shieda pilih keadaan mudah dan cepat, iaitu ambil supplement untuk menyokong penghasilan susu disamping bantu lengkapkan nutrisi dalam badan. Lagipun kalau pandai kira - kira kos ambil supplement lebih jimat dan untung berbanding jika ambil makanan semulajadi dan perlu disediakan setiap hari.

Shieda percaya, bila badan sihat, cukup nutrisi, akan bantu untuk kurangkan letih dan bantu untuk kawal emosi kita sebagai ibu menyusu. Barulah boleh menyusu dengan happy dan enjoy the moment😉

Jadi.. Jika ada ibu yang nak cuba or cari supplement menyusu, hormatilah pilihan mereka. Raikan pendapat. Jangan sebab kita tak ambil supplement, susu dah meriah, nak samakan situasi dengan orang lain😊

Shieda Balqis
Ibu menyusu tanpa henti sepanjang 5 tahun

Thursday, 30 May 2019

TIPS SUBURKAN POKOK

Tips Suburkan Pokok

Haritu ada terbaca cara nak suburkan pokok ialah dengan siram pokok dengan susu basi.

Saja je try, tak sangka betul - betul menjadi.

Sebelum ni pokok daun kari dan pokok daun pandan tu layu, hampir nak mati sebab musim panas kan. Tambah pulak, Shieda kadang - kadang lupa nak siram hari - hari.

Selalu siram dengan air bancuhan beras. Sekarang ni asal ada lebihan susu anak yang tak habis, saja simpan lama - lama sampai basi, siram kat pokok😅

Boleh tengok gambar pokok tu ada warna kusam dan layu. Dan ada daun baru yang tumbuh mekar dan hijau warnanya selepas disiram dengan susu basi tu😊😊

Kalau ada yang nak cuba tips ni, boleh cuba. Tak payah letak baja pun tak apa 😊

Tips Suburkan Pokok

Tips Suburkan Pokok