Popular Posts

Thursday, 12 May 2016

Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Assalammualaikum..
**Saya harap masih tak terlambat untuk saya bercerita bagaimana mulanya saya jatuh cinta dengan produk Shaklee ni walaupun sudah tahun ke3 saya menggunakan Shaklee dan menjadi distributor Shaklee**
-------------------------------------------------------------------
Siapa pernah jatuh cinta pasti tahu rasa manis dan nikmatnya kan..tapi itu pada sesama manusia..sekarang saya nak cerita jatuh cinta pada produk/barang yang buat kita stay dengan produk tu..

Ceritanya begini..(chewahh)

Saya mula diperkenalkan Shaklee ni oleh kakak saya pada masa tu saya baru berkahwin dan belum preggy lagi..dah sebulan kahwin,period,2 bulan kahwin,period,3 bulan kahwin pun period lagi..masih belum ada rezeki lagi..maybe ada hikmah kot sebab masa mula2 kahwin memang banyak sangat dugaan saya dengan husband..dugaan selepas berumah tangga..masa tu memang tensyen sangat..Antara asbab Allah tak bagi rezeki lagi..Masuk bulan ke4 saya dah mula merisik untuk cari produk subur..padahal baru 4 bulan kot..tensyen dengan mulut2 orang tanya bila nak preggy..

Kakak ada mencadangkan ambil set subur SHAKLEE..mula2 dengar nama SHAKLEE? Tak pernah dengar pun..terus terang dulu saya ni bukan jenis yang suka makan ubat apatah lagi supplement,pendek kata memang tak ambil berat pun nak jaga pasal kesihatan..saya lebih suka kecantikan..suka beli barang2 yang untuk cantikla macam kolagenla,makeup la,perfume,baju2 la dan macam2 lagi.tu sebab pasal kesihatan memang tak jaga sangat.huhuhuhu...tapi tu dulu..sekarang saya dah jarang beli barang kecantikan,lebih kepada supplement,sebab pada saya kalau cantik tapi tak sihat tak gunakan..

Kakak pula cakap Shaklee ni barang online..haa lagila saya susah nak caya.sebab dulu memang saya takut nak beli or shopping online..sebab dengar banyak kes penipuan..lepas dari tu saya terus study pasal SHAKLEE ni..bukan tak caya dengan kakak tapi saya nak selidik dulu apa itu SHAKLEE? Dari mana produk ni..siapa pengasasnya..bagus ke macam bagus..hahaha..Sebab saya jenis yang bukan terus beli kalau tak kaji dulu..lebih2 lagi produk makanan ni. Bahaya kalau sebarangan je masuk dalam badan kita. Lepas tu tak pernah pulak saya nampak SHAKLEE ni kat pasaran..

Dalam tempoh pengajian tu..saya pun telah disahkan mengandung..tak sempat nak order set subur..alhamdulillah..kakak saya cadangkan set mengandung SHAKLEE pula..wah..dalam kepala otak saya ni berfikir bagus betul SHAKLEE ni set mengandung pun ada..

Dari dulu memang saya tak ada makan vitamin2 ni.. pernahlah beli vitamin kat farmasi tu, vit c n GLA.. tapi memang tak pernah habis sampailah expired.. kata orang hati tak minat.. disebabkan kurang makan vitamin, makan pula tak menentu dengan duduk rumah sewa masa tu, kerja pula ikut shift dari pukul 10pagi sampai 10malam,duduk dalam aircond berjam2,bekerja sebagai customer service yang berhadapan dengan pelbagai jenis manusia dari seluruh dunia memang badan sangatlah lemah dan selalu demam.. Risiko untuk mendapat jangkitan virus dari manusia pun tinggi. Apalagi selalu telan ubatlah.. masa tu boyfriend(husband sekarang ☺) memang bisinglah selalu telan ubat.. memang terpaksa sebab kalau tak telan ubat, cmne nak elok, kalau tak elok camne nak kerja.. Kalau tak keje camne nak ade duit.. ☺☺

Lepas je sah mengandung tu, kaji punya kaji saya mula caya dan terbuka hati nak cuba set mengandung shaklee.. tapi masa tu just amik 2 produk je iaitu ostematrix (sebab saya tak lalu minum susu) dan esp(sebab nak energy) . Teringat lagi kata2 kakak "takkan aku nak tipu adik sendiri" .  Bukan tak caya..tapi nakkan kepastian..hihihi

Vitamin 4 serangkai kat KK tu saya tetap ambil.. loya memang loyala nak telan lebih2 lagi bcomplex tu.. dahlah busuk giler..
Ohya.. untuk pengetahuan, saya ada talesminia minor(pembawa), makin lama, setiap bulan check up hb turun dari mula2 buka buku merah hb 11, makin lama turun sampai 8! ditambah lagi dengan saya mengandung kembar, lagilah low hb.. memang berisiko lah.. depan buku merah tu pun siap tulis risiko saya.. huuhuhu
macam2 saya cuba untuk naikkan hb, makan ubat farmasi, obimin, iberet, makan kerang, makan bayam, makan jambu batu semua sama makin lama makin turun.. sampai satu hari tu doktor ada cakap kalau hb bawah 8,kena cucuk masuk darah.. huhuhuhu memang cuak giler dengar.. kalau dah masuk darah orang lain dalam badan kita, macam2 risiko n kes.. Pernah dengar pengalaman ada sorang akak tu masuk darah sebab hb low & ditakdirkan anaknya meninggal dunia lepas sehari masuk darah. Bukan nk salahkan pihak hospital tapi akak ni cakap setiap kali die preggy memang hb die low. Anak syurga die yang meninggal tu anak ke3,sebelum ni kedua2 anak die hb low tak pernah masuk darah.. Wallahualam..

Kakak juga dah lama cadangkan ambil VITALEA, BCOMPLEX & VIT C SHAKLEE.. tapi masa tu degil konon2 nak cuba cara lain dulu.. huuhu...

Ohya..secara rasminya saya menjadi agen Shaklee sebulan sebelum beranak. Beranakkan si kembar pada 36w secara czer sebab breech. Nak dijadikan cerita seminggu sebelum beranak tu, order barang shaklee lagi (vitalea, bcomplex & vit c,alfalfa & zinc ) sebab konon2 nak buat stok untuk berpantang dan menyusu nanti.. yang bestnya kakak cakap shaklee ni produk dia best sebab dari mengandung, beranak, berpantang &  menyusu boleh makan... wah.. dalam hati bagus betul shaklee ni ALL IN ONE.. so dalam 2 hari sebelum beranak tu, nurse pun check lagi sekali hb.. dengan terkejutnya dari 8 terus naik ke 11! memang rasa betul2 miracle la.. dalam ati memang nyesal tak ambik awal2.. huuhuhu

Masa dalam bilik operate tu pun doc check buku merah, hb 11 baru doc stanby tok operate sebab ada terdengar perbualan doc dengan nurse kalau hb low ni bahaya lebih2 lagi nampak kat depan buku tu tulis 'KANDUNGAN BERISIKO'

Ok..tu salah satu sebab kenapa saya betul2 jatuh cinta ngn produk Shaklee ni. Ada lagi tau bukan ni jer.. ☺ Teruskan baca yer..

Selain dari selamatkan hb low saya,saya juga perasan kulit saya dah tak sesencitif dulu. Dulu kulit tangan & kaki saya mesti gatal2 kalau setiap kali kena sabun,tak kisah sabun basuh pinggan,basuh baju dan sebagainya. Sampaikan dulu mak & kakak pernah melabel saya ngada2..hihihi..gatal2 yang jenis berair2 pulak tu. Nak kena sapu ubat je setiap kali tumbuh gatal tu. Kalau time nak makan lagi lah tak boleh sebab takut kuman air gatal2 dan ubat tu terkena pada makanan. So terpaksalah guna sudu(kurang nikmat makan ☺)

So sejak bervitamin C Shaklee, saya perasan kulit gatal tu dah hilang,tak kisah  basuh pinggan banyak manapun tak ada gatal2..kulit pun makin cantik & tegang!!hmmm lagila suka ☺☺☺

Bukan tu je,dulu masa keje memang selalu sangat sakit & demam disebabkan dengan faktor2 yang saya sebut seperti diatas tu, selalu sangatlah saya mc. Alhamdulillah berkat mengambil esp & ostematrix tu sekali pun tak pernah mc diambil (kec doc bagi sebab batuk teruk lebih2 lagi masa tu tengah mengandung) . sebab lepas dapat tahu mengandung tu memang takut sangat fikir sedangkan tak mengandung pun selalu sakit,apalagi mengandung, bawak 2 org budak lak tu..

Ok..berbalik kepada preggy twin, alhamdulillah sepanjang mengandung twin tiada alahan langsung! Percaya tak sepanjang mengandung 36w saya tak pernah muntah walau sekali! Loya ada itupun masa gosok gigi. Tiap kali lepas gosok gigi stanby minum air masam ☺
Orang selalu cakap biasa preggy twin, mabuk, pening, alahan 2x ganda dari preggy single. Tapi alhamdulillah berkat mengambil SET PREGGY SHAKLEE, alahan ibarat kebal dalam tubuh saya ☺ Di tempat kerja saya boleh naik turun tangga lagi ke tingkat 3 ☺

Selain dari tu, saya suka sangat pada ostematrix ni. Biasa setiap malam sebelum tidur telan 4  biji(bersamaan 1000mg kalsium). Ingat lagi masa stok dah habis, sementara stok baru sampai dalam  3/4hari gigi dan gusi berdenyut sakit sangat2 macam sakit gigi. Puas tahan sakit sapu minyak cap kapak bagai.hahaha.Masa tu tak perasan lagi sakit sebab tak makan ostematrix. Lepas je stok sampai, telan macam biasa 4 biji sebelum tidur dan keesokan paginya sakit gigi dan gusi tu terus hilang! Masa tu baru terfikir, dahlah tak minum susu, mengandung twin lagi. Mana tak sakit sumber kalsium dari badan ditarik oleh 2 orang!! Lepas pada tu takut dah nak biarkan stok tak ada..selain dari tu ostematrix ni bagus untuk kurangkan kaki krem semasa mengandung. Sepanjang mengandung twin memang jarang sangat kaki krem. Seingat saya sekali dua je kaki krem.

Inilah antara sebab kenapa saya jatuh cinta dengan supplement terbaik didunia ni.Kalau nak diceritakan kebaikan dan manfaat Shaklee pada saya dan keluarga memang banyak sangat. Tapi insya Allah saya akan berkongsi di entry  yang lain.

Bagi anda yang tercari2 supplement untuk ibu mengandung dan mempunyai masalah yang sama seperti saya hb low dan penghidap talesmia, anda bolehlah cuba mengambil SET MENGANDUNG SHAKLEE yang sudah tentunya selamat dan semulajadi. Insya Allah masalah dapat diatasi jika cara pengambilan supplement tu diambil dengan cara yang betul ☺

No comments:

Post a Comment