Popular Posts

Friday, 30 March 2018

Resipi Pau Kacang Merah Gebu Mudah dan Simple!

Assalammualaikum..

Asyik share pasal supplement Shaklee je.. Petang ni Shieda nak share resipi pau kacang merah yang mudah dan simple. Mudah bahan2nya nak dapat tak perlu ke kedai bakery. Kat kedai runcit or Supermarket je boleh beli 😊😊

Resipi ni Shieda selalu buat. Anak3 dan suami suka.

Jom kita tengok camne caranya :

Resipi Pau Kacang Merah Gebu.

Bahan A:

1/2 cawan air suam
1 paket yis
2 sudu besar gula pasir ( Satukan semua dalam satu bekas.
Kacau dan biarkan 5 – 6 minit lebih kurang )

Bahan B:

4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3 sudu besar shortening (jika tiada, boleh gantikan dengan mentega )
2 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu teh double action baking powder ( guna baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi serbuk)

Cara membuat:

Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama lebih kurang 8 – 10minit.

Kemudian peram doh dalam bekas bertutup selama 15-18 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( contohnya seperti dalam kereta, tempat yang kena cahaya matahari atau di dalam rumah pun boleh.)

Seterusnya, ambil doh dan uli kembali. Kemudian bulat-bulatkan menjadi ketulan doh kecil.

Ambil satu doh dan masukkan inti. Lapik bahagian bawah doh dengan daun pisang atau kertas.Ulang langkah sehingga semua doh siap dimasukkan inti. Peram doh pau selama 20 minit. Jika anda menggunakan inti kaya, peram selama 15-18 minit sahaja.


Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hingga mendidih. Setelah pau kelihatan naik, kukus selama 7-8 minit guna api besar. (balut penutup menggunakan kain bagi mengelakkan wap keluar)

Resipi kacang merah tak payah tanya Shieda, Shieda selalu beli ready made kat kedai Bakery 😅😅

Tips untuk pau nampak cantik dan gebu :
✅ Jangan tunggu pau naik lama sangat. Agak2 jangan terlalu lama dan jangan terlalu sekejap. Agak2 pau dah mula ringan dah ready nak masukkan dalam kukusan.
✅ Jangan kukus terlalu lama akan buat pau nampak berkedut dan leper dari saiz asal
✅ Sentiasa pastikan kain yang dibalut penutup pengukus tu tak terlalu basah. Sesekali buang air di kain penutup pengukus

Selamat mencuba





Kepada anda yang mencari supplement dan skincare yang selamat secara semulajadi boleh hubungi :
Shieda 0172000748
Cod sekitar seremban dan pos penghantaran seluruh Malaysia
Shaklee Seremban

Saturday, 24 March 2018

Kenapa Kita Perlu Supplement (Part I)

PART 1 : KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT



Bila kita hidup zaman serba moden ni secara tak langsung mempengaruhi gayahidup dan pemakanan harian kita.

Cuba kita scan balik harini, semalam, minggu lepas, bulan2 lepas, acaner cara makan kita?

Apa yang kita masak? Masak banyak benda hijau atau benda dari kotak atau tin?

Tak kira lagi kalau kita makan kat luar. Malas nak masak, tapau kat kedai, fast food, masak makanan segera..

Tak masuk lagi kandungan gula dalam makanan seharian kita.



Sayur-sayuran dan buah-buahan zaman kini banyak tercemar dengan proses gmo, bahan racun perosak, tanam dari sumber tanah yang tak subur dan sebagainya.


Lepas tu tekanan dan stress lagi..

Tekanan tempat kerja..

Malas senam..

Terdedah dengan pencemaran udara..


Perokok aktif dan perokok pasif..

Ish..ish.. Banyak sangat nak listkan..

Dari sinilah kita kena sedar pentingnya supplement dalam hidup seharian.


Nanti shieda share lagi kenapa kita perlukan supplement part II

Tunggu ya 😉

#ShakleeSeremban

Terima kasih kerana anda sudi membaca :) 

Hubungi kami : 0172000748 (shieda)

Page FB : Kedai Vitamin Balqis

Your Certified Shaklee Product Consultant 

COD Bandar Seremban dan sekitarnya

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Wednesday, 21 March 2018

Ramuan Youth Skincare Shaklee yang semua orang patut tahu

Fenomena Youth Skin Care makin berombak. Ramai yang cari dan berpuas hati lepas guna skincare Youth. 

Tapi tahu tak apa kandungan dan ramuan Youth Skincare Shaklee?

Meh sini Shieda share apa kandungan dan ramuan skincare Youth Shaklee ni. 

Youth Skincare adalah revolusioner dimana ada 8 paten yang sedang diproses. Setiap produk Youth dirumus khas untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada gaya hidup anda, kerosakan alam sekitar, atau penuaan semulajadi. 



Muscadine Grape Polifenol 
Musdcadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin. 


Vital Repair Complex 
Vital Repair Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat. 


Schisandra Chinensis Fruit Extract 
Sesuai untuk semua jenis kulit, ia meyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan. 


Lotus Japonicus 
Youth Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi mnghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. 


Apple Stem Cell Extract 
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit. 


Sedikit info tentang kajian klinikal Youth:

Skin Age Index Test ialah kajian pakar2 kulit bertaraf antarabangsa, diiktiraf oleh saintis dan pakar kulit untuk mengukur tahap penuaan kulit berdasarkan 10 tanda penuaan kulit

Melalui kajian ini, didapati 100% wanita yang menggunakan Youth mendapat kulit lebih muda

Dan hasil penggunaan konsisten Youth, 2/3 daripada mereka berjaya mengubah kulit wajah kepada 10 TAHUN lebih muda!

Apa lagi pasal Youth yang anda patut tahu?

✅100% vegan formula berasaskan tumbuhan yang bertindak ke atas pelbagai faktor penuaan 

✅bebas daripada 1500 bahan terlarang & boleh dipersoalkan (even pengawet pun tak gunakan paraben tau)

✅no animal testing (refer balik Skin Age Index Test tadi, kajian dibuat ke atas wanita tau)

✅diiktiraf pakar kulit dan pakar mata(sesuai untuk mata sensitif)

✅hypoallergenic (sesuai untuk kulit sensitif – pesakit psoriasis ada guna Youth dan kesan positif)

✅noncomedogenic (tak menyumbatkan liang pori termasuk moisturizer SPF50 nya)

✅mempunyai 8 paten dan bakal paten(hampa takkan jumpa skincare seumpama Youth kat tempat lain)

✅sesuai untuk lelaki & perempuan

✅sesuai untuk semua peringkat umur(Skin Age Index Test tu wanita antara umur 20-60 tahun diuji)sesuai untuk semua etnik (Europe, Asian) 

Kredit : blog sihatcomelceria

Terima kasih kerana anda sudi membaca :) 

Hubungi kami : 0172000748 (shieda)

Page FB : Kedai Vitamin Balqis

Your Certified Shaklee Product Consultant 

COD Bandar Seremban dan sekitarnya

Pengeposan ke seluruh Malaysia