Popular Posts

Friday, 30 March 2018

Resipi Pau Kacang Merah Gebu Mudah dan Simple!

Assalammualaikum..

Asyik share pasal supplement Shaklee je.. Petang ni Shieda nak share resipi pau kacang merah yang mudah dan simple. Mudah bahan2nya nak dapat tak perlu ke kedai bakery. Kat kedai runcit or Supermarket je boleh beli 😊😊

Resipi ni Shieda selalu buat. Anak4 dan suami suka.

Jom kita tengok camne caranya :

Resipi Pau Kacang Merah Gebu.

Bahan A:

1 cawan air suam
1 paket yis
2 sudu besar gula pasir ( Satukan semua dalam satu bekas.
Kacau dan biarkan 5 – 6 minit lebih kurang )

Bahan B:

4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3 sudu besar shortening (jika tiada, boleh gantikan dengan mentega )
2 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu teh double action baking powder ( guna baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi serbuk)

Cara membuat:

1) Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. Jika kurang air, tambah air. Jika terlebih air, tambah sikit tepung. Ikut kesesuaian.

2) Uli sehingga tepung tak melekat di tangan. Gaul rata dan uli sebati selama lebih kurang 8 – 10minit.

3) Kemudian peram doh dalam bekas bertutup selama 15-18 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( contohnya seperti dalam kereta, tempat yang kena cahaya matahari atau di dalam rumah pun boleh.) 

4) Sementara tunggu untuk peram doh, boleh bulat bulatkan inti seperti dibawah :

5) Doh akan kelihatan membesar 2x ganda dari yang asal. Lepas tu, tumbuk tumbuk manja doh untuk keluarkan angin.

6) Seterusnya, ambil doh dan uli kembali. Kemudian bulat-bulatkan menjadi ketulan doh kecil.

7) Ambil satu doh dan masukkan inti. Lapik bahagian bawah doh dengan daun pisang atau kertas. Shieda suka letak guna papercup/muffin. Senang tak perlu guntingπŸ˜…
Jangan risau, lepas kukus, papercup tu tak akan koyak πŸ˜‰

8) Ulang langkah sehingga semua doh siap dimasukkan inti. Peram doh pau selama 20 minit. Jika anda menggunakan inti kaya, peram selama 15-18 minit sahaja.


9) Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hingga mendidih. Setelah pau kelihatan naik, kukus selama 7-8 minit guna api besar. (balut penutup menggunakan kain bagi mengelakkan wap keluar)

Siap!

Resipi kacang merah tak payah tanya Shieda, Shieda selalu beli ready made kat kedai Bakery πŸ˜…πŸ˜…

Tips untuk pau nampak cantik dan gebu :
✅ Jangan tunggu pau naik lama sangat. Agak2 jangan terlalu lama dan jangan terlalu sekejap. Agak2 pau dah mula ringan dah ready nak masukkan dalam kukusan.
✅ Jangan kukus terlalu lama akan buat pau nampak berkedut dan leper dari saiz asal
✅ Sentiasa pastikan kain yang dibalut penutup pengukus tu tak terlalu basah. Sesekali buang air di kain penutup pengukus

Selamat mencuba





Kepada anda yang mencari supplement dan skincare yang selamat secara semulajadi boleh hubungi :
Shieda 0172000748
Cod sekitar seremban dan pos penghantaran seluruh Malaysia
Shaklee Seremban

No comments:

Post a comment