Popular Posts

Tuesday, 10 April 2018

Anak Lambat Merangkak - Normal ke??



Harini gi check up Mika 11 bulan. Mesti ada yang heran 11 bulan ada check up ke?

Sebenarnya check up ni untuk follow up perkembangan Mika. Bulan lepas checkup kakaknya 2 tahun. Masa tu semua ikut sekali sebab husband cuti. Bawak kembar, Byra ngn Mika.

Masa husband tengah pegang Byra check dengan nurse, tumpang tanya nurse pasal Mika.  Sebab risau Mika masa tu dah 10 bulan tapi still tak merangkak lagi. Angkat bontot gaya macam nak merangkak tu memang ada. Tapi dia tak ke depan. Di ke depan hanya dengan gunakan kepala. Risau jugak kalau tiba2 kepala dia terkehel.


Seingat2 Shieda masa Mika baru awal2 angkat buntut nak merangkak, Mika banyak kali terhentak kepala dia kat lantai. Maybe lepas kejadian tu dia dah fobia nak ke depan lagi. Takut jatuh lagi. Tu yang guna kepala tu.

Tapi yang menyedihkan bila ada orang pandang sinis ngan cakap bukan2 kat anak. Cakap tak normal la, takut apa2 jadi kat anak lah, tulang tak kuatlah..

Lagi satu Mika ni dia tumbuh gigi awal..6 bulan dia demam panas. First time demam lepas lahir. Masa tu gusi dia dah rasa keras sikit.

Dalam 7 bulan camtu dia tumbuh gigi 2 batang kat bawah. Dalam sebulan camtu tumbuh lagi 2 batang kat gusi atas.


Orang kata kalau baby tumbuh gigi awal lambat perkembangan. Tak tahu betul ke tak

Tapi bila tengok dan dengar betul gak sebab ramai budak yang sebaya ngan Mika dah merangkak laju tapi tak tumbuh gigi.

Lagi yang pelik sikit perangai Mika ni, dia paling pantang kalau nak duduk. Dulu langsung tak nak kalau duduk kan kat sofa or kerusi. Mesti dia akan nangis or akan lembik kan badan dia. Tapi sekarang dah ok sikit nampaknya. Bila duduk tanpa sokongan pun bukan tak boleh tapi dia tak nak.. Duduk kejap je lepas tu baringkan badan balik.

Normal ke kalau camtu eh???

Ibu mana tak risaukan..

Bukanlah nak bandingkan ngan budak lain or anak sendiri tapi memang risaulah bila dulu kembar masa baby ok, cepat perkembangan cepat meniarap cepat merangkak, cepat berjalan tapi anak no 3 ngan no 4 memang istimewa sikit.

Dulu masa Byra (no 3) baby pun pelik gak. Langsung tak nak pusing. Apatah lagi merangkak. Bila pusingkan badan dia nangis n mara. Pastu masa mula2 tak merangkak just mengesot. Sampaikan ada jugak yang bagi pendapat takut byra tak normal, kaki sengetla apala. Byra merangka masa umur setahun 2 bulan tak silap. Masa tu Mika lahir. Byra tak jalan lagi.

Dalam setahun setengah baru Byra baru betul2 berani jalan. Masa tu tatih2 lagi. Sama gak hati kecik ngan penakut 😆😆

Tapi sekarang Alhamdulillah.. Normal dan bukan main aktif lagi.

Sebenarnya kita sebagai seorang ibu,hati ngan naluri ok je tapi bila dah masuk campur orang lain, tu yg kadang rasa kecik ati sikit dan terpikir2 ngan jadi terlampau risau lak.

Walau camna pun, Shieda syukur sangat anak2 Shieda yang no 3 ngan 4 walau agak special lain sikit dari kembar ngan anak orang lain, tapi diaoramg cergas ngan sihat. Tak ada alahan, kulit sihat ngan cantik, tak de ekzema, takde asma ngan jarang sakit or demam. Itu yang Shieda syukur sangat.

Husband pun suruh abaikan jika ada mulut cakap bukan2. Nurse pun cakap abaikan jika ada orang cakap camtu. Dalam buku kesihatan pun cakap paling lambat anak berjalan 18 bulan. Tak semesti setahun dah wajib kena jalan..

Anak korang ada tak yang pelik cam anak Shieda jomlah share..


No comments:

Post a Comment