Popular Posts

Friday, 13 September 2019

ESP BAGUS UNTUK IBU MENYUSU DAN BERPANTANG

ESP sangat bagus diambil oleh ibu yang berpantang terutamanya yang bersalin secara czer.

Protein bagus untuk pemulihan tisu badan.

Bukan itu sahaja, bantu untuk beri tenaga dan membantu menghasilkan hormon dalam badan, serta membina sel-sel dalam badan. Hormon oxytocin dan prolactin adalah sangat penting kepada ibu menyusu.

Jom kita kenali hormon yang mempengaruhi penghasilan susu ibu.

HORMIN OXYTOCIN

Hormon Oxytocin tu akan mempengaruhi emosi ibu (sedih gembira, stress, dan lain2). Semakin banyak hormon oxytocin ni dirembes makin gembira la ibu tu dan begitu la juga sebaliknya.

HORMON PROLACTIN

Hormon Prolactin ni bahasa mudahnya adalah hormon yang menghasilkan susu. Jadi secara logiknya bila ibu tu sentiasa gembira, disokong pula dengan konsep (demand & supply) dalam penyusuan, InsyaAllah susu ibu pun akan meriah.

Dalam masa 10 hari berpantang ni, Shieda "takut" ambil ESP setiap hari. Sebab utamanya, susu bertambah - tambah meriah dan selalu datang gejala bengkak susu. Shieda paksakan diri sehari pum paling kurang 2x untuk kurangkan bengkak susu.

Tapi.. Untuk tahan kenyang lebih lama, Shieda ambil juga ESP. Maklumlah, bila menyusu ni memang sentiasa lapar aje..

Dan yang paling penting, Shieda nak cepat sembuh luka czer dari dalam. Protein memang sangat penting untuk proses penyembuhan luka.

Nak ambil ayam atau telur, takut juga. Nak lebih selamat ambil ESP . Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.

ESP memang sangat Shieda sarankan pada ibu mengandung, menyusu dan berpantang. Best dan berbaloi - baloi πŸ˜‰



Shieda Balqis
Pengedar Sah Shaklee Seremban
Whatsapp : 0172000748

Monday, 2 September 2019

Testimoni Set Kesuburan Shaklee - Hamil Setelah 6 tahun Mencuba

Assalamualaikum.

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua. Mula-mula malu, tapi bila difikirkan boleh membantu orang lain, saya rasa tak salah saya berkongsi berita gembira di sini.

Alhamdulillah, setelah 6 tahun berehat, akhirnya saya disahkan hamil sekali lagi.

2 tahun sudah saya mengalami keguguran setelah kandungan berusia 7 minggu. Kali ini, kandungan telah berusia 9 minggu. Saya cuma berdoa dan tawakkal kepada Allah supaya kali ini ada rezeki, inshaAllah.

Sudah bermacam produk saya ambil, termasuk jamu. Bayangkan balik kampung semua orang tanya soalan yang sama - Bila nak tambah lagi?

Balik kampung mentua, orang tanya - Kapan lagi? Tambah dedeknya.

Tension jugak lama-lama.

Saya pejam mata, tinggalkan semua produk lain termasuk jamu-jamu. Saya istiqamah dengan GLA Complex dan Alfalfa Complex. Tutup mata, pekakkan telinga.

Saya consume GLA dan Alfalfa setiap hari. Ada ja masalah period sikit atau sakit, saya rujuk adik saya sendiri Noorhafiza Mohamad Akib.

6 bulan tanpa jemu makan secara konsisten, Alhamdulillah, syukur berkat doa dan usaha tanpa jemu.


Rakan2 yg masih belum ada anak atau sedang mencuba, amalkanlah GLA dan Alfalfa. Suami makan Zinc dan Vita E.

InsyaAllah, berdoa sentiasa. Syukur Alhamdulillah.

Doakan kali ini rezeki saya hingga 9 bulan." - Puan Watie Akib


Your Certified Shaklee Distributor :) 
COD Seremban / Mambau
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Sunday, 25 August 2019

10 Gaji Pemimpin Tertinggi Dunia, No.9 Buat Netizen Geleng Kepala



Kita mungkin sering tertanya-tanya berapa agaknya gaji pemimpin-pemimpin kita. Mana tidaknya, dengan tanggungjawab berat yang dipikul mereka, tentulah mereka dibayar dengan pendapatan mereka setimpal. Namun begitu berbanding dengan pemimpin-pemimpin dunia, kita masih tertinggal jauh.
Gaji Perdana Menteri kita masih ‘ciput’ jika dibandingkan rakan-rakan sejawatan mereka di bawah. Berikut ialah senarai 10 Gaji Tertinggi Pemimpin Dunia.

1. Lee Hsien Loong
Umur: 67 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri Singapura
Gaji Tahunan: USD1.6 juta (RM6.62 juta)

2. Carrie Lam
Umur: 61 Tahun
Jawatan: Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Hong Kong
Gaji Tahunan: USD568,400.00 (RM2.35 juta)

3. Ueli Maurer
Umur: 68 Tahun
Jawatan: Presiden Switzerland
Gaji Tahunan: USD482,958.00 (RM1.99 juta)

4. Donald Trump
Umur: 72 Tahun
Jawatan: Presiden Amerika Syarikat
Gaji Tahunan: USD400,000.00 (RM1.65 juta)
5. Scott Morrison
Umur: 50 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri Australia
Gaji Tahunan: USD378,425.00 (RM1.56 juta)

6. Angela Merkel
Umur: 64 Tahun
Jawatan: Canselor Jerman
Gaji Tahunan: USD369,727.00 (RM1.52 juta)

7. Jacinda Ardern
Umur: 38 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri New Zealand
Gaji Tahunan: USD339,862.00 (RM1.4 juta)

8. Mohamed Ouid Abdel Aziz
Umur: 62 Tahun
Jawatan: Presiden Mauritania
Gaji Tahunan: USD330,000.00 (1.36 juta)
9. Sebastian Kurz
Umur: 32 Tahun
Jawatan: Canselor Austria
Gaji Tahunan: USD328,584.00 (RM1.35 juta)

10. Xavier Bettel
Umur: 46 Tahun
Jawatan: Perdana Menteri Luxembourg
Gaji Tahunan: USD278,035.00 (RM1.15 juta)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Monday, 1 July 2019

Kategori Ibu Menyusu

Ada ibu menyusu yang :

1) Susu meriah semulajadi, tanpa bantuan milkbooster pun dah cukup

2) Susu sederhana meriah, jika kurang konsep demand and supply, emosi terganggu dan beberapa faktor lain akan mengganggu penghasilan susu. Jika apply konsep demand and supply dan pandai kawal emosi susu akan meriah seperti no 1

3) Susu tak meriah, perlukan milkbooster untuk bantu penghasilan susu. Tambah pula emosi terganggu sebab selalu fikir susu tak cukup, susu tak ada dsb

Jika ada ibu yang tergolong dalam kategori no 1, bersyukurlah dan sentiasa apply dan jaga emosi agar tak drop ke tangga no 2 atau 3.

Ada ibu yang no 2 & 3 sibuk dengan kerjaya dan aktiviti harian, tak sempat nak sediakan makanan yang bantu untuk tingkatkan susu (seperti lobak putih, air rendaman kurma, oat dll) . Jadi sebab inilah supplement untuk milkbooster diperlukan.

Sepanjang proses menyusu dari kembar, dari zaman bekerja Shieda dah lalui situasi no 1,2 dan 3. Walau memang susu meriah lepas bersalin, masa tu belum telan apa - apa lagi supplement, Shieda tetap ambil supplement dan apply konsep demad and supply. Sebab kadang emosi memang terganggu lebih - lebih lagi bila sibuk di tempat kerja, kadang tertekan fikir takut tak sempat nak pum susu dsb.

Jadi, Shieda pilih keadaan mudah dan cepat, iaitu ambil supplement untuk menyokong penghasilan susu disamping bantu lengkapkan nutrisi dalam badan. Lagipun kalau pandai kira - kira kos ambil supplement lebih jimat dan untung berbanding jika ambil makanan semulajadi dan perlu disediakan setiap hari.

Shieda percaya, bila badan sihat, cukup nutrisi, akan bantu untuk kurangkan letih dan bantu untuk kawal emosi kita sebagai ibu menyusu. Barulah boleh menyusu dengan happy dan enjoy the momentπŸ˜‰

Jadi.. Jika ada ibu yang nak cuba or cari supplement menyusu, hormatilah pilihan mereka. Raikan pendapat. Jangan sebab kita tak ambil supplement, susu dah meriah, nak samakan situasi dengan orang lain😊

Shieda Balqis
Ibu menyusu tanpa henti sepanjang 5 tahun

Thursday, 30 May 2019

TIPS SUBURKAN POKOK

Tips Suburkan Pokok

Haritu ada terbaca cara nak suburkan pokok ialah dengan siram pokok dengan susu basi.

Saja je try, tak sangka betul - betul menjadi.

Sebelum ni pokok daun kari dan pokok daun pandan tu layu, hampir nak mati sebab musim panas kan. Tambah pulak, Shieda kadang - kadang lupa nak siram hari - hari.

Selalu siram dengan air bancuhan beras. Sekarang ni asal ada lebihan susu anak yang tak habis, saja simpan lama - lama sampai basi, siram kat pokokπŸ˜…

Boleh tengok gambar pokok tu ada warna kusam dan layu. Dan ada daun baru yang tumbuh mekar dan hijau warnanya selepas disiram dengan susu basi tu😊😊

Kalau ada yang nak cuba tips ni, boleh cuba. Tak payah letak baja pun tak apa 😊

Tips Suburkan Pokok

Tips Suburkan Pokok

Saturday, 18 May 2019

SET MIGRAIN SHAKLEE | PUNCA MIGRAIN | TIPS KURANGKAN MIGRAIN


Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.
Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.
Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.
Bagaimana Migraine Berlaku
Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah:
  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok
  • Terlalu lama mengadap TV atau menghadap skrin komputer 
Antara langkah atau alternatif terbaik untuk kurangkan atau atasi masalah migrain adalah dengan mengambil supplement, tanpa perlu bergantung kepada ubat - ubatan. Supplement Shaklee yang sesuai diambil untuk masalah migrain ialah :

1. Ostematrix
Kalsium bagus untuk kesihatan tulang dan gigi, menstabilkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita. 

Magnesium penting dalam mengekalkan metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku. 

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing. 

2. B Complex (lengkap dengan asid folik)
Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B. Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) terbukti membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Juga baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah yang lancar ke otak. Vitamin B Shaklee ini juga membantu mengurangkan penyakit-penyakit lain seperti depresi, kemurungan, insomnia, stress, keletihan, mabuk laut dan darat. 


Tips untuk mengurangkan/mengelakkan migrain :
  • Amalkan pemakanan harian yang seimbang dan berkhasiat (Jauhi MSG, makanan segera dan processed food)
  • Guna Pek Ais
  • Elakkan dan kurangkan stress
  • Amalkan gaya hidup sihat dan teratur
  • Apabila migrain, berehat/berbaring di tempat gelap dan sunyi
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi Shieda untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA.. 



Shieda Balqis
Pengedar Sah Shaklee Seremban
Whatsapp : 0172000748

Wednesday, 1 May 2019

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA
=================


Berapa liter air perlu minum sehari. Ini soalan yang biasa didengar. Mungkin juga soalan yang bermain di minda kita.

Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah? Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air?

Ini soalan yang sama saya lontarkan kepada Prof Dinges, professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania.

Dua minggu menerima latihan di University of Pennsylvania. Melihat manusia tinggal di dalam sleep lab selama 10 hari. Menakjubkan.

Mereka berjalan dengan ke sana ke mari wayar melekat di kepala. Semua aktiviti mereka direkod. Semua maklumat aktiviti otak  diproses dan dikaji.

Saya dapati ada kaitan antara tidur dan air.

Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Bukan salah bantal.

Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang. Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air.

*Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak. Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik.*

Air membekalkan oksigen kepada otak. Oksigen adalah nutrien penting untuk otak.

*Minuman seperti kopi, teh dan yang lain² tidak termasuk dalan kategori air.* Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita.

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah. Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza.

Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama.

▪Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

▪8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter. Tidak cukup untuk perempuan. Sangat kurang untuk perempuan.

Minum air mencukupi banyak faedahnya. Ada antara kita yang selalu ‘terlupa” minum air. Apps telefon pintar berikut boleh membantu Waterlogged atau Water Drink Reminder.

Minum banyak air meningkatkan sistem metabolism badan. Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif. Membantu menurunkan berat badan.

Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum. Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Kredit : Petua dan Kesihatan

Selamat Hari Pekerja 2019

Selamat Hari Pekerja 2019!

Shieda doakan semoga apa jua pekerjaan yang anda lakukan mendapat Rahmat ALLAH SWT.

Saturday, 20 April 2019

Tanda Protein Tak Cukup

Tanda protein tak cukup :

1) Kulit, kuku, rambut yang kering dan rapuh
2) Imuniti yang lemah (kerap jatuh sakit)
3) Kulit berkedut
4) Berat badan bertambah
5) Letih
6) Tulang yang lemah (selalu sakit badan)


Macammana cara nak bagi protein cukup dalam tubuh badan?

Ambil ESP pelengkap tubuh badan



Hubungi Shieda jika anda ingin bertanyakan maklumat lanjut mengenai ESP 😊

www.wasap.my/60172000748

Wednesday, 17 April 2019

TESTIMONI OSTEMATRIX - MUDAH TIDUR DAN BADAN CERGAS

TESTIMONI OSTEMATRIX - MUDAH TIDUR DAN BADAN CERGAS

ostematrix sangat bagua untuk individu yang ada msalah susah tidur.

Ostematrix bantu untuk dapatkan tidur yang lebih lena.

Ostematrix bukan sekadar kalsium


Hubungi Shieda jika anda sudah membuat keputusan

www.wasap.my/60172000748

Tuesday, 16 April 2019

Kenapa Tak Boleh Jual Shaklee di E-commerce

Kenapa Tak Boleh Jual Shaklee di E-commerce

Soalan yang selalu Shieda terima,

" Shieda, kenapa kat Shopee lebih murah?"

" Harga barang Shaklee berubah-ubah ke?"

Setiap pegedar shaklee tak dibenarkan oleh company untuk jual kat ecommerce, lazada, shoppe etc

Shaklee tak bagi kite jual kat shoppe atau ecommerce ada banyak sebab , company tak boleh nak responsible if anything happen. Seller pun tak kenal kan camne nak redeem if rejected samples.

Ha’ah kat shoppe memang murah harga tapi seller takkan bertanggungjawab kalau barang yang sampai tu expired atau botol yang sampai tu nanti pecah etc etc. Banyak kes dah customer ni share .Kesian kadang-kadang tu tapi tak boleh nak tolong sebab beli bukan direct under company.

Dan tak boleh jual kurang daripada harga ahli (undercutting price)

Ini memang melanggar etika. Sebab;
1. Shaklee nak menjaga setiap hak distributor. Kalau ade yang jual lagi murah atau kurang dari harga ahli, nanti akan berlaku ketidakahlian antara distributor. Sebab tu Shaklee dah tetapkan dah harga minimum & maksimum setiap barang. Tak boleh terlalu murah/ terlalu mahal—> rasanya yang ni ade dalam system Isam supaya tak berlaku penindasan.

2. Larangan menjual kat ecommerce juga penting supaya setiap distributor tak sewenangnya jual produk pada sebarang orang. Ini konsep direct seling yang sebenar. Iaitu one to one. Supaya kita tahu dan kenal orang yang kita nak jual tu adakah sesuai untuk ambil sesetengah produk yang kite nak jual. Contohnya, Vivix tak boleh jual kat sebarang orang. Orang yang amik ubat cair darah tak boleh amik Vivix. Tapi kalau kat E-Commerce, tak ada siapa akan tanya benda-benda camni. Diorang main jual je dan takkan bertanggubgjawab atas ape yang berlaku.

3. Beza sekiranya kita beli direct kat pengedar atau website, Shaklee akan bertanggubgjawab sekiranya berlaku apa-apa komplikasi atau side effect. Contoh, Kalau ade Barang yang rosak/pecah pun pihak company akan ganti semula. Tapi kalau yang jual kat website ni, shaklee takkan bertanggungjawab.

Ni P&R yg Shaklee dah ditetapkan.

Kalau ade yg langgar P&R ni, Shaklee akan siasat dan terminate id orang tu.

Silakan jika nak beli juga di E-commerce, cuma lepas ni tak boleh nak consult lah if anything happen, kena cari orang yg jual kt shoppe tu ye.. Dan jangan salahkan Shaklee jika ada berlaku apa-apa dan kesan buruk jika tak dapat konsultasi yang betul dari distributor yang sah.

Harap dengan penerangan ini, jelaslah kepada sesiapa yang selalu tertanya-tanya kenapa harga Shaklee jauh lebih murah dari harga ahli di E-Commerce.

Shieda Balqis
Pengedar Sah Shaklee sejak 2013

Friday, 12 April 2019

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2019

Assalammualaikum..

Harini Shieda nak share Promosi Shaklee April 2019

Memang best-best promosi ni. Bagi yang dah lama risik barangan Shaklee, inilah masanya untuk grab. Rugi tak daftar segera 😊

1. YOUTH Intensive Treatment and Repair Set



Promo ini terbuka kepada yang sudah menjadi ahli, sudah expired keahliah Shaklee, mahupun belum pernah menjadi ahli Shaklee.

Dengan pembelian Full Set YOUTH ini, anda akan dapat Free YOUTH Travel Set & Travel Case yang sangat comel. Sepanjang 1 tahun YOUTH berada di pasaran, gift ini yang paling unik setakat ini!

Keistimewaan YOUTH Travel Set & Travel Case:
  1. Ringan, tak perlu bawa the whole set
  2. Cantik dan unik
  3. Mudah dibawa ke mana-mana
  4. Skincare tidak tumpah dan tak penyek sebab Travel Case ni keras :)
  5. Boleh dibawa dalam penerbangan kerana 100ml sahaja setiap botol
  6. Didatangkan bersama beg lutsinar juga
  7. Tidak dijual di mana-mana! Nilai set ini ialah RM 285 tau

So, kena cepat-cepat grab peluang ini sebab Shaklee kata 'selagi stok masih ada' ;)

Good news untuk yang belum lagi jadi ahli Shaklee atau yang keahliannya sudah expired, apabila anda membeli set ini, automatik anda akan dapat FREE Membership Shaklee, bermakna anda cuma perlu bayar set ini pada harga ahli iaitu RM 1,340. Sebagai ahli, ada kelebihan lain lagi iaitu dapat cashback RM 100!


Seterusnya, Shaklee menawarkan Promosi Welcome Set untuk anda yang belum menjadi ahli Shaklee mahupun yang sudah expired keahlian.

Untuk Welcome Set ini, Shaklee menawarkan 3 set iaitu:
  1. Youth Welcome Set
  2. Vivix Welcome Set
  3. Daily Essential Welcome Set

2. Promosi Youth Welcome Set





Kalau anda yang nak baru nak cuba YOUTH Skincare, ini adalah masa yang sesuai! 

Biasanya harga set ini ialah RM 680 untuk ahli / RM 850 untuk bukan ahli Shaklee, tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 612 all in!

Ada 4 items di dalam set ini:
  1. YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
  2. YOUTH Perfecting Skin Toner
  3. Age Defense Moisturizer SPF 50
  4. Advanced Renewal Night Cream (Light)

Kelebihan yang anda dapat dengan YOUTH Welcome Set ini ialah:
  1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
  2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
  3. Cashback RM 29
  4. FREE Membership (jimat RM 65)
  5. FREE Postage (jimat RM 10)
  6. FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 340! 😱😍

3. Promosi Vivix Welcome Set


Ada yang sedih sebab terlepas Promosi Vivix pada bulan Feb hari tu. Jangan kecewa sebab Shaklee tawarkan Promosi Vivix Welcome Set untuk bulan ini. Yeay! Bulan ni ada Promo VIVIX yang best!

Dalam promosi ini ada 2 botol Vivix. Biasanya set ini berharga RM 760 untuk ahli / RM 950 untuk bukan ahli Shaklee. Tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 684 all in!

Kelebihan yang anda dapat dengan Vivix Welcome Set ini ialah:
  1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 190)
  2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 76)
  3. Cashback RM 34
  4. FREE Membership (jimat RM 65)
  5. FREE Postage (jimat RM 10)
  6. FREE Vivix Paper Bag yang ekslusif
Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 370! 😱😍

Jimat sangat kan!

Dengan pengambilan Vivix secara konsisten, inshaAllah ia dapat membantu badan kekal cergas dan bertenaga, malah wajah juga akan nampak lebih muda.

Vivix ini sesuai sangat untuk diri sendiri, pasangan, ibu bapa, atuk nenek kerana ia sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh! ❤️

4. Promosi Daily Essential Welcome Set

Siapa yang baru nak mencuba supplement Shaklee, atau nak mula buat business Shaklee dengan kami, Amir syorkan anda grab promosi ini. Dalam set ni, anda dapat 6 Produk Best Seller dengan harga yang berbaloi!

Anda boleh mencubanya sendiri terlebih dahulu dan bila sudah rasa keberkesanannya. 
Boleh la start share dengan ahli keluarga dan kawan-kawan pula.

6 produk dalam Promosi Daily Essential Welcome Setini :-
✅ ESP
✅ Vitamin C
✅ Omega
✅ VitaLea Multivitamin
✅ B Complex Folic Acid
✅ VIVIX


Kelebihan yang anda dapat dengan Daily Essential Welcome Set ini ialah:
  1. Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 202)
  2. Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 82)
  3. Cashback RM 36
  4. FREE Membership (jimat RM 65)
  5. FREE Postage (jimat RM 10)
  6. FREE Vivix Paper Bag yang ekslusif

Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 390! 😱😍 


Klik link dibawah untuk terus berhubung dengan Shieda 😊

www.wasap.my/60172000748

Wednesday, 10 April 2019

4 Kandungan Bahan Utama Vivix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan produk makanan tambahan Shaklee yang sangat premium dan eksklusif. Dengan izin Tuhan, ia telah membantu ramai insan yang sangat memerlukan dengan memperbaiki taraf kesihatan mereka. Banyak testimoni yang telah dikongsikan oleh pengamalnya. Kajian saintifik mengenainya juga dibuat oleh 3rd party selain dari pihak Shaklee sendiri.


4 Kandungan Bahan Utama Vivix Shaklee




1. Muscadine Grape


Anggur Muscadine / Anggur Muskat, adalah anggur liar yang sangat istimewa kerana kandungan dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksida dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur jenis lain, Anggur Muskat mempunyai 40 kali ganda lebih Polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, dan membantu melambatkan proses penuaan. Anggur Muskat ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser dan juga sebagai anti-virus serta anti-bakteria.

2. Purple Carrot


Purple Carrot merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytochemical. Purple carrot ni juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab. Anthocyanins ni bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain. Asid klorogenik yang ada dalam purple carrot ni bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah.

3. Elderberry


Nama saintifik bagi Elderberry ini ialah Sumbucus Nigra. Buah ni banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, Asia dan Benua Inggeris. Elderberry ni sudah lama digunakan dikalangan pengamal perubatan tradisional. Kandungan Vitamin C yang tinggi di dalamnya membuatkan jus elderberry sangat bermanfaat dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkita (infection) daripada virus dan bakteria. Selain itu juga, manfaat daripada jus elderberry ni ialah kemampuan untuk mencegah dan mengubati kanser, mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung, membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes dan meningkatkan kesihatan jantung serta ginjal.

4. Japanese Knotweed


Japanese Knotweed dikenali dengan nama saintifiknya Polygonum Cuspidatum, adalah tumbuhan berasal dari asia. Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun ni adalah sumber komersial Resveratrol. Ia sering digunakan kerana manfaatnya untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan.



Keempat-empat bahan semulajadi ini sangat bermanfaat dan telah digunakan oleh banyak pengamal perubatan di negara lain dalam membantu memberikan taraf kesihatan yang lebih baik. 


Semoga info yang Nad share ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca :)


Nak tahu harga Vivix? Klik Di sini


Shida Rich Empire
0172000748 (Shieda)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Shaklee Sekitar Seremban/Mambau
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Sunday, 7 April 2019

Rahsia washing machine tahan lama dan tak karat

Nak washing machine tahan lama, tak karat, dah riba masanya bertukar kepada pencuci pakaian Shaklee Fresh Laundry.

Pencuci baju organik, tak karatkan mesin basuh kita. Buktinya paku dalam botol-botol ni. Belah kanan letak Shaklee Fresh Laundry, belah kiri letak Brand X. Paku-paku ni dah direndam 4 tahun! 😱

Pencuci pakaian Shaklee Fresh Laundry ni jugak takde filler yang menyebabkan gatal-gatal dan bau kepam, tompok-tompok pada pakaian.

Regular leading brands of laundry detergents often contain harmful chemicals which lead to negative health effects, ranging from skin and throat irritation to carcinogenicity, and negative effects on the environment.

Pencuci pakaian Shaklee Fresh Laundry ni dari bahan semulajadi, tak bahaya untuk alam sekitar, apatah lagi untuk badan kita ❤️


Fresh Laundry Concentrate

Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih

Kod Produk:00159 (2.49kg)

Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee

Selamat

Hipoalergenik
Tanpa klorin
Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan

Berkepekatan tinggi
Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam

Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
Surfaktan mudah biorosot
Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Hubungi Shieda jika anda berubah fikiran

www.wasap.my/60172000748

Your Shaklee Independent Distributor
Cod Sekitar Seremban/Mambau

Tuesday, 2 April 2019

4 Manfaat Utama Performance Drink

4 Manfaat Utama Performance Drink Shaklee:

1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepatMenggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikalMeningkatkan daya tahan ototMemanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

2. Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal

Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuhMengimbangi metabolism air dalam tubuh.Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium danchloride.Produk ini turut dirumus eksklusifuntuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

3. Mencegah Dehidrasi

Mengurangkan kehausan,Mencegah dehidrasiMelembapkan kulitKelihatan muda.

4. Mengekalkan Paras Gula

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot.Percepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.




Sempena bulan Ramadhan ni, Shaklee akan keluarkan perasa baru Performance Drink ni. Musim-musim panas pun sangat sedap minum. Badan kekal hidrat dan bertenaga.

Jika ada pertanyaan dan sebarang konsultasi boleh hubungi Shieda segera 😘

Wednesday, 27 March 2019

Daftar RFID secara percuma

Minggu lepas ikut husband pasang tag RFID. Diberitahu sehingga bulan March ni, pendaftaran masih lagi percuma. Bermula April, bayaran untuk tag RFID akan dikenakan. Staff yang uruskan beritahu dalam RM80 akan dikenakan untuk 1 tag.

Dah alang-alang turun KL teman husband, ajak husband pergi ke kaunter untuk lekat tag sekali. Sebenarnya proses untuk daftar mudah je, tapi disebabkan ramai yang walkin dan beratur tak prepare siap-siap apa yang perlu dibuat, maka proses dikaunter menjadi lama.

Bila sampai turn husband kejap je dah settle sebab husband dah prepare awal-awal.  Hampir 2 jam jugaklah beratur semalam. Staff beritahu husband pagi semalam beratur lagi panjang sampai ke luar pintu.

Daftar RFID :

1) Register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, anda akan dapat email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi.

2) Download aplikasi Touch n Go Ewallet


3) Walkin ke RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan geran kereta/cover note insurance semasa membuat urusan.

4) Lepas settle di kaunter, sila beratur (kereta) diluar pula, ada staff yang akan uruskan untuk pemasangan tag dan test untuk baca tag tersebut.


Mudah yang amatkan.

Dari pandangan Shieda, RFID ni memang bagus sebab tak perlu nak tukar betri (untuk Smart Tag) dan nak topup mudah je dari online, tak kena caj untuk service caj seperti sekarang untuk certain tempat.

Tapi kekurangannya pula, satu id hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan saja dan tak boleh dipindah milik. Kalau Smart Tag boleh cabut-cabut tukar masuk kereta lain.  Lepas ni tak bolehlah nak pinjam husband punya kad Touch n Go πŸ˜…

Nota : Setakat ni kaunter untuk lekat/daftar RFID dan list of highway yang guna RFID hanya ada di kawasan Lembah Klang. Tak lama lagi juga highway PLUS juga akan gunakan sistem RFID dikawasan lain.

Jom pakat daftar dan serbu kaunter sementara free lagi. Dari gambar ni dah tahu dah, siapa yang tak lepaskan peluang untuk daftar. Semalam pun sama 😊




Lokasi : Tesco Cheras


Friday, 1 March 2019

Kebaikan Main Puzzle Kepada Kanak-kanak

KEBAIKAN MAIN PUZZLE KEPADA ANAK-ANAK

Kembar Shieda dah start didedahkan main puzzle pada tahun lepas (usia 4 tahun). Banyak kebaikan dan kelebihan Shieda nampak bila kanak-kanak bermain puzzle.

1. Asah mereka untuk berfikir untuk selesaikan masalah

Bila bermain puzzle, secara tak langsung akan latih mereka berfikir bagaimana nak selesaikan puzzle tersebut. Macammana nak dapatkan bentuk dan kedudukan yang berada ditempat sepatutnya.

2. Melatih fikiran logik

Contoh gambar binatang, diaorang akan berfikir macammana nak dapatkan bentuk kaki, kepala dan sebagainya. Cuba suai dan padan (try and error).

3. Melatih koordinasi mata dan tangan

Secara tak langsung skill motor halus akan terangsang bila diaorang cuba memadankan kepingan dan bentuk puzzle di tempat yang betul.

4. Melatih semangat kerjasama

Apabila bermain bersama, secara tak langsung dapat pupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain.

5. Melatih bersikap sabar dan tenang

Bila bemain puzzle, secara tak langsung mendidik mereka bersikap sabar dan tenang apabila cuba menyelesaikan sesuatu masalah

6. Meningkatkan keyakinan diri

Apabila dah siap puzzle, mereka akan merasa bangga dan puas hati bila dapat selesaikan. "Ibu, ayah.. Tengok ni.. Akak/adik dah siapkan puzzle"

7. Meningkatkan daya fokus anak

Bila dah menghadap puzzle, mereka memang tak peduli dah benda lain. Terlalu fokus katanya πŸ˜…

8. Permainan yang murah dan jimat kos

Cuma RM2 untuk 120 pcs 😊

9. Menguatkan daya ingatan

Sangat mengujakan bila mereka boleh ingat bentuk dan kedudukan puzzle. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk salah satu keping puzzle pun mereka tahu bentuk apa dan tunjuk kat mana kedudukan.

10. Elak anak ketagih gajet

Bukan saja jimat dari kos, malah bantu anak untuk elak ketagih gajet. Mereka tak pernah merengek nangis nak main handset tapi selalu merengek nak puzzle baruπŸ˜…

Banyak manfaat sebenarnya jika kita dedahkan anak dengan permainan yang lebih thrill ni. Sama-samalah kita bersama anak untuk isi masa lapang anak dengan aktiviti yang berkualiti 😊

Umur Qairina dan Qistina 4 tahun main puzzle 120pcs

Leka main puzzle sampai tak heran nak buat benda lain😊