Popular Posts

Wednesday, 27 March 2019

Daftar RFID secara percuma

Minggu lepas ikut husband pasang tag RFID. Diberitahu sehingga bulan March ni, pendaftaran masih lagi percuma. Bermula April, bayaran untuk tag RFID akan dikenakan. Staff yang uruskan beritahu dalam RM80 akan dikenakan untuk 1 tag.

Dah alang-alang turun KL teman husband, ajak husband pergi ke kaunter untuk lekat tag sekali. Sebenarnya proses untuk daftar mudah je, tapi disebabkan ramai yang walkin dan beratur tak prepare siap-siap apa yang perlu dibuat, maka proses dikaunter menjadi lama.

Bila sampai turn husband kejap je dah settle sebab husband dah prepare awal-awal.  Hampir 2 jam jugaklah beratur semalam. Staff beritahu husband pagi semalam beratur lagi panjang sampai ke luar pintu.

Daftar RFID :

1) Register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, anda akan dapat email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi.

2) Download aplikasi Touch n Go Ewallet


3) Walkin ke RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan geran kereta/cover note insurance semasa membuat urusan.

4) Lepas settle di kaunter, sila beratur (kereta) diluar pula, ada staff yang akan uruskan untuk pemasangan tag dan test untuk baca tag tersebut.


Mudah yang amatkan.

Dari pandangan Shieda, RFID ni memang bagus sebab tak perlu nak tukar betri (untuk Smart Tag) dan nak topup mudah je dari online, tak kena caj untuk service caj seperti sekarang untuk certain tempat.

Tapi kekurangannya pula, satu id hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan saja dan tak boleh dipindah milik. Kalau Smart Tag boleh cabut-cabut tukar masuk kereta lain.  Lepas ni tak bolehlah nak pinjam husband punya kad Touch n Go πŸ˜…

Nota : Setakat ni kaunter untuk lekat/daftar RFID dan list of highway yang guna RFID hanya ada di kawasan Lembah Klang. Tak lama lagi juga highway PLUS juga akan gunakan sistem RFID dikawasan lain.

Jom pakat daftar dan serbu kaunter sementara free lagi. Dari gambar ni dah tahu dah, siapa yang tak lepaskan peluang untuk daftar. Semalam pun sama 😊




Lokasi : Tesco Cheras


Friday, 1 March 2019

Kebaikan Main Puzzle Kepada Kanak-kanak

KEBAIKAN MAIN PUZZLE KEPADA ANAK-ANAK

Kembar Shieda dah start didedahkan main puzzle pada tahun lepas (usia 4 tahun). Banyak kebaikan dan kelebihan Shieda nampak bila kanak-kanak bermain puzzle.

1. Asah mereka untuk berfikir untuk selesaikan masalah

Bila bermain puzzle, secara tak langsung akan latih mereka berfikir bagaimana nak selesaikan puzzle tersebut. Macammana nak dapatkan bentuk dan kedudukan yang berada ditempat sepatutnya.

2. Melatih fikiran logik

Contoh gambar binatang, diaorang akan berfikir macammana nak dapatkan bentuk kaki, kepala dan sebagainya. Cuba suai dan padan (try and error).

3. Melatih koordinasi mata dan tangan

Secara tak langsung skill motor halus akan terangsang bila diaorang cuba memadankan kepingan dan bentuk puzzle di tempat yang betul.

4. Melatih semangat kerjasama

Apabila bermain bersama, secara tak langsung dapat pupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain.

5. Melatih bersikap sabar dan tenang

Bila bemain puzzle, secara tak langsung mendidik mereka bersikap sabar dan tenang apabila cuba menyelesaikan sesuatu masalah

6. Meningkatkan keyakinan diri

Apabila dah siap puzzle, mereka akan merasa bangga dan puas hati bila dapat selesaikan. "Ibu, ayah.. Tengok ni.. Akak/adik dah siapkan puzzle"

7. Meningkatkan daya fokus anak

Bila dah menghadap puzzle, mereka memang tak peduli dah benda lain. Terlalu fokus katanya πŸ˜…

8. Permainan yang murah dan jimat kos

Cuma RM2 untuk 120 pcs 😊

9. Menguatkan daya ingatan

Sangat mengujakan bila mereka boleh ingat bentuk dan kedudukan puzzle. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk salah satu keping puzzle pun mereka tahu bentuk apa dan tunjuk kat mana kedudukan.

10. Elak anak ketagih gajet

Bukan saja jimat dari kos, malah bantu anak untuk elak ketagih gajet. Mereka tak pernah merengek nangis nak main handset tapi selalu merengek nak puzzle baruπŸ˜…

Banyak manfaat sebenarnya jika kita dedahkan anak dengan permainan yang lebih thrill ni. Sama-samalah kita bersama anak untuk isi masa lapang anak dengan aktiviti yang berkualiti 😊

Umur Qairina dan Qistina 4 tahun main puzzle 120pcs

Leka main puzzle sampai tak heran nak buat benda lain😊