Popular Posts

Wednesday, 27 March 2019

Daftar RFID secara percuma

Minggu lepas ikut husband pasang tag RFID. Diberitahu sehingga bulan March ni, pendaftaran masih lagi percuma. Bermula April, bayaran untuk tag RFID akan dikenakan. Staff yang uruskan beritahu dalam RM80 akan dikenakan untuk 1 tag.

Dah alang-alang turun KL teman husband, ajak husband pergi ke kaunter untuk lekat tag sekali. Sebenarnya proses untuk daftar mudah je, tapi disebabkan ramai yang walkin dan beratur tak prepare siap-siap apa yang perlu dibuat, maka proses dikaunter menjadi lama.

Bila sampai turn husband kejap je dah settle sebab husband dah prepare awal-awal.  Hampir 2 jam jugaklah beratur semalam. Staff beritahu husband pagi semalam beratur lagi panjang sampai ke luar pintu.

Daftar RFID :

1) Register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, anda akan dapat email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi.

2) Download aplikasi Touch n Go Ewallet


3) Walkin ke RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan geran kereta/cover note insurance semasa membuat urusan.

4) Lepas settle di kaunter, sila beratur (kereta) diluar pula, ada staff yang akan uruskan untuk pemasangan tag dan test untuk baca tag tersebut.


Mudah yang amatkan.

Dari pandangan Shieda, RFID ni memang bagus sebab tak perlu nak tukar betri (untuk Smart Tag) dan nak topup mudah je dari online, tak kena caj untuk service caj seperti sekarang untuk certain tempat.

Tapi kekurangannya pula, satu id hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan saja dan tak boleh dipindah milik. Kalau Smart Tag boleh cabut-cabut tukar masuk kereta lain.  Lepas ni tak bolehlah nak pinjam husband punya kad Touch n Go 😅

Nota : Setakat ni kaunter untuk lekat/daftar RFID dan list of highway yang guna RFID hanya ada di kawasan Lembah Klang. Tak lama lagi juga highway PLUS juga akan gunakan sistem RFID dikawasan lain.

Jom pakat daftar dan serbu kaunter sementara free lagi. Dari gambar ni dah tahu dah, siapa yang tak lepaskan peluang untuk daftar. Semalam pun sama 😊




Lokasi : Tesco Cheras


1 comment:


  1. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete