Popular Posts

Thursday, 30 May 2019

TIPS SUBURKAN POKOK

Tips Suburkan Pokok

Haritu ada terbaca cara nak suburkan pokok ialah dengan siram pokok dengan susu basi.

Saja je try, tak sangka betul - betul menjadi.

Sebelum ni pokok daun kari dan pokok daun pandan tu layu, hampir nak mati sebab musim panas kan. Tambah pulak, Shieda kadang - kadang lupa nak siram hari - hari.

Selalu siram dengan air bancuhan beras. Sekarang ni asal ada lebihan susu anak yang tak habis, saja simpan lama - lama sampai basi, siram kat pokok😅

Boleh tengok gambar pokok tu ada warna kusam dan layu. Dan ada daun baru yang tumbuh mekar dan hijau warnanya selepas disiram dengan susu basi tu😊😊

Kalau ada yang nak cuba tips ni, boleh cuba. Tak payah letak baja pun tak apa 😊

Tips Suburkan Pokok

Tips Suburkan Pokok

Saturday, 18 May 2019

SET MIGRAIN SHAKLEE | PUNCA MIGRAIN | TIPS KURANGKAN MIGRAIN


Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.
Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.
Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.
Bagaimana Migraine Berlaku
Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah:
  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok
  • Terlalu lama mengadap TV atau menghadap skrin komputer 
Antara langkah atau alternatif terbaik untuk kurangkan atau atasi masalah migrain adalah dengan mengambil supplement, tanpa perlu bergantung kepada ubat - ubatan. Supplement Shaklee yang sesuai diambil untuk masalah migrain ialah :

1. Ostematrix
Kalsium bagus untuk kesihatan tulang dan gigi, menstabilkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita. 

Magnesium penting dalam mengekalkan metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku. 

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing. 

2. B Complex (lengkap dengan asid folik)
Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B. Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) terbukti membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Juga baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah yang lancar ke otak. Vitamin B Shaklee ini juga membantu mengurangkan penyakit-penyakit lain seperti depresi, kemurungan, insomnia, stress, keletihan, mabuk laut dan darat. 


Tips untuk mengurangkan/mengelakkan migrain :
  • Amalkan pemakanan harian yang seimbang dan berkhasiat (Jauhi MSG, makanan segera dan processed food)
  • Guna Pek Ais
  • Elakkan dan kurangkan stress
  • Amalkan gaya hidup sihat dan teratur
  • Apabila migrain, berehat/berbaring di tempat gelap dan sunyi
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi Shieda untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA.. 



Shieda Balqis
Pengedar Sah Shaklee Seremban
Whatsapp : 0172000748

Wednesday, 1 May 2019

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA
=================


Berapa liter air perlu minum sehari. Ini soalan yang biasa didengar. Mungkin juga soalan yang bermain di minda kita.

Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah? Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air?

Ini soalan yang sama saya lontarkan kepada Prof Dinges, professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania.

Dua minggu menerima latihan di University of Pennsylvania. Melihat manusia tinggal di dalam sleep lab selama 10 hari. Menakjubkan.

Mereka berjalan dengan ke sana ke mari wayar melekat di kepala. Semua aktiviti mereka direkod. Semua maklumat aktiviti otak  diproses dan dikaji.

Saya dapati ada kaitan antara tidur dan air.

Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Bukan salah bantal.

Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang. Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air.

*Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak. Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik.*

Air membekalkan oksigen kepada otak. Oksigen adalah nutrien penting untuk otak.

*Minuman seperti kopi, teh dan yang lain² tidak termasuk dalan kategori air.* Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita.

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah. Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza.

Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama.

▪Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

▪8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter. Tidak cukup untuk perempuan. Sangat kurang untuk perempuan.

Minum air mencukupi banyak faedahnya. Ada antara kita yang selalu ‘terlupa” minum air. Apps telefon pintar berikut boleh membantu Waterlogged atau Water Drink Reminder.

Minum banyak air meningkatkan sistem metabolism badan. Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif. Membantu menurunkan berat badan.

Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum. Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Kredit : Petua dan Kesihatan

Selamat Hari Pekerja 2019

Selamat Hari Pekerja 2019!

Shieda doakan semoga apa jua pekerjaan yang anda lakukan mendapat Rahmat ALLAH SWT.