Popular Posts

Monday, 1 July 2019

Kategori Ibu Menyusu

Ada ibu menyusu yang :

1) Susu meriah semulajadi, tanpa bantuan milkbooster pun dah cukup

2) Susu sederhana meriah, jika kurang konsep demand and supply, emosi terganggu dan beberapa faktor lain akan mengganggu penghasilan susu. Jika apply konsep demand and supply dan pandai kawal emosi susu akan meriah seperti no 1

3) Susu tak meriah, perlukan milkbooster untuk bantu penghasilan susu. Tambah pula emosi terganggu sebab selalu fikir susu tak cukup, susu tak ada dsb

Jika ada ibu yang tergolong dalam kategori no 1, bersyukurlah dan sentiasa apply dan jaga emosi agar tak drop ke tangga no 2 atau 3.

Ada ibu yang no 2 & 3 sibuk dengan kerjaya dan aktiviti harian, tak sempat nak sediakan makanan yang bantu untuk tingkatkan susu (seperti lobak putih, air rendaman kurma, oat dll) . Jadi sebab inilah supplement untuk milkbooster diperlukan.

Sepanjang proses menyusu dari kembar, dari zaman bekerja Shieda dah lalui situasi no 1,2 dan 3. Walau memang susu meriah lepas bersalin, masa tu belum telan apa - apa lagi supplement, Shieda tetap ambil supplement dan apply konsep demad and supply. Sebab kadang emosi memang terganggu lebih - lebih lagi bila sibuk di tempat kerja, kadang tertekan fikir takut tak sempat nak pum susu dsb.

Jadi, Shieda pilih keadaan mudah dan cepat, iaitu ambil supplement untuk menyokong penghasilan susu disamping bantu lengkapkan nutrisi dalam badan. Lagipun kalau pandai kira - kira kos ambil supplement lebih jimat dan untung berbanding jika ambil makanan semulajadi dan perlu disediakan setiap hari.

Shieda percaya, bila badan sihat, cukup nutrisi, akan bantu untuk kurangkan letih dan bantu untuk kawal emosi kita sebagai ibu menyusu. Barulah boleh menyusu dengan happy dan enjoy the moment😉

Jadi.. Jika ada ibu yang nak cuba or cari supplement menyusu, hormatilah pilihan mereka. Raikan pendapat. Jangan sebab kita tak ambil supplement, susu dah meriah, nak samakan situasi dengan orang lain😊

Shieda Balqis
Ibu menyusu tanpa henti sepanjang 5 tahun

No comments:

Post a Comment