Popular Posts

Wednesday, 18 December 2019

Tips Anak Tak Picky Eater

Ada beberapa orang tanya, apa yang Shieda buat or ajar anak supaya tak picky eater atau makan apa saja. Dan suka makan sayur?

Nak kata anak langsung tak picky eater tak juga sebenarnya. Sedangkan kita yang dah besar ni pun pilih pilih makan kan😅

Tapi.. Alhamdulillah.. Anak4 Shieda boleh dikatakan semua makan. Kecuali western food. Sebab Shieda pun jarang or boleh kira kot berapa kali masak western kat rumah. Tekak orang kampung dan Melayu walaupun bukan melayu tulen sangat😆😆

Cara Shieda, dari peringkat baby lagi, masa kita mula nak kenalkan solid food pada baby, Shieda beri puri dulu diawal 6 bulan. Shieda mulakan dengan puri buah@ sayur. Ikut proses 4 days rule tu. Shieda tak terus bagi nasi or bubur. Sebab pada Shieda, perut baby masih kecil dan usus baby masih kecil untuk dihadam.

Mulakan dengan puri cair dulu. Blend halus dan tapis (tengok pada jenis sayur dan buah). Sebab baby dah biasa hanya terima cecair (susu) diawal 6 bulan pertama. Tiba tiba nak bagi makanan, mesti dia pun rasa pelikkan.. Hihihi

Bila bagi puri, secara tak langsung baby akan belajar untuk mengenal rasa. Manis, masam, pahit, tawar dsb. Allah jadikan setiap makanan tu perasa semulajadi dah. Bagi baby belajar menelan atau mengunyah selain dari telan susu.

Makin usia meningkat, lebih lebih lagi bila gigi dah tumbuh, puri tu pekatkan sikit. Blend kasar sikit. Dah lepas 4 days rule tu, dan baby dah pandai telan, kunyah, Shieda bagi bubur nasi. Masa ni dah campur sikit sikit bahan lain seperti ayam, sayur dll.

Walau dulu Shieda bekerja, Shieda akan siapkan puri frozen baby untuk seminggu. Dan Shieda tak pernah beri nestum, cerelac atau apa apa instant food pada baby. Semuanya fresh dan organic. Kalau cuti, masak yang baru, sekali siapkan stok untuk frozen. Sebab jika kita bagi instant makanan tu ibarat kita bagi mee segera pada baby😨😨

Kalau travel or bercuti, Shieda bawa oat dan beli pisang.hahaha.. Sebab pisang ni senang tak payah masak pun tak pe.Oat tu bukan Quaker Oat. Tapi oat jenis organic dan besar saiznya berbanding quaker oat. Harga agak mahal sikit. Dah nama makanan organic dan sihatkan.. Mestilah mahal.. Kalau tempat tu ada peralatan untuk memasak, shieda stanby bawa periuk kecil dan beras yang dah siap diblend dan ikan bilis yang dah siap panggang @ goreng tanpa minyak (hancurkan jadi serbuk).

Bila dah 12 bulan ke atas, gigi dah tumbuh banyak, baby dah pandai gigit dan kunyah, Shieda suap nasi dengan lauk yang masak untuk keluarga sekali. Tak asing dah. Senang pun senang😅

Dari situ anak Shieda belajar makan lauk lauk, asam pedas, masak lomak, rendang, kari dll. Sayur dan buah tetap bagi macam biasa.

Alhamdulillah.. Anak semua suka makan dan makan sayur walau ada sayur yang tak makan. Contoh sayur kacang panjang, kacang buncis, kobis, sawi, terung tu jarang masak dan ibu dia pun tak suka sangat😅

Diaorang suka makan sayur mentah, salad, timun, carrot. Kangkung, bayam, tomato, bunga kobis, brokoli pun dah buat ibu happy dah..

Dah masuk 12 bulan tu jugak Shieda start bagi makan Omega Guard Shaklee. Sebelum tu, Shieda latih dan bagi telan kismis dulu. Bila diaorang pass telan dan gigit tanpa tercekik, Shieda berani dan yakin nak bagi telan omega. Kunyah cam gitu je..

Sekarang anak bongsu Shieda Raykal dah umur 3 bulan. Maka lagi 3 bulan lagi untuk dia mula makan solid food. Benda yang sama juga Shieda akan buat dan bagi. Mungkin lebih fresh sebab sekarang ni dah jadi surirumah sepenuh masa. No reason kenapa tak boleh buat makanan fresh @ semulajadi untuk baby.

Lagi 1, kurangkan bagi jajan pada anak. Nak elak tak bagi langsung agak payah. Lebih lebih lagi bila disekolahkan. Bila umur 2 tahun, Shieda bagi susu fresh /susu tepung Fearnleaf family dalam cawan. Tak bagi susu formula ikut peringkat umur dan buang semua botol susu. Susu pun untuk minum waktu pagi dan kadang minum waktu malam. Kadang tak minum sebab anak kenyang makan berat😊

Ini penerangan secara ringkas apa yang Shieda buat pada anak. Alhamdulillah berkesan untuk keempat empat anak Shieda. Moga boleh beri sikit manfaat pada ibu - ibu diluar sana.

#ShiedaShare