Skip to main content

Anak Lambat Merangkak - Normal ke??



Harini gi check up Mika 11 bulan. Mesti ada yang heran 11 bulan ada check up ke?

Sebenarnya check up ni untuk follow up perkembangan Mika. Bulan lepas checkup kakaknya 2 tahun. Masa tu semua ikut sekali sebab husband cuti. Bawak kembar, Byra ngn Mika.

Masa husband tengah pegang Byra check dengan nurse, tumpang tanya nurse pasal Mika.  Sebab risau Mika masa tu dah 10 bulan tapi still tak merangkak lagi. Angkat bontot gaya macam nak merangkak tu memang ada. Tapi dia tak ke depan. Di ke depan hanya dengan gunakan kepala. Risau jugak kalau tiba2 kepala dia terkehel.


Seingat2 Shieda masa Mika baru awal2 angkat buntut nak merangkak, Mika banyak kali terhentak kepala dia kat lantai. Maybe lepas kejadian tu dia dah fobia nak ke depan lagi. Takut jatuh lagi. Tu yang guna kepala tu.

Tapi yang menyedihkan bila ada orang pandang sinis ngan cakap bukan2 kat anak. Cakap tak normal la, takut apa2 jadi kat anak lah, tulang tak kuatlah..

Lagi satu Mika ni dia tumbuh gigi awal..6 bulan dia demam panas. First time demam lepas lahir. Masa tu gusi dia dah rasa keras sikit.

Dalam 7 bulan camtu dia tumbuh gigi 2 batang kat bawah. Dalam sebulan camtu tumbuh lagi 2 batang kat gusi atas.


Orang kata kalau baby tumbuh gigi awal lambat perkembangan. Tak tahu betul ke tak

Tapi bila tengok dan dengar betul gak sebab ramai budak yang sebaya ngan Mika dah merangkak laju tapi tak tumbuh gigi.

Lagi yang pelik sikit perangai Mika ni, dia paling pantang kalau nak duduk. Dulu langsung tak nak kalau duduk kan kat sofa or kerusi. Mesti dia akan nangis or akan lembik kan badan dia. Tapi sekarang dah ok sikit nampaknya. Bila duduk tanpa sokongan pun bukan tak boleh tapi dia tak nak.. Duduk kejap je lepas tu baringkan badan balik.

Normal ke kalau camtu eh???

Ibu mana tak risaukan..

Bukanlah nak bandingkan ngan budak lain or anak sendiri tapi memang risaulah bila dulu kembar masa baby ok, cepat perkembangan cepat meniarap cepat merangkak, cepat berjalan tapi anak no 3 ngan no 4 memang istimewa sikit.

Dulu masa Byra (no 3) baby pun pelik gak. Langsung tak nak pusing. Apatah lagi merangkak. Bila pusingkan badan dia nangis n mara. Pastu masa mula2 tak merangkak just mengesot. Sampaikan ada jugak yang bagi pendapat takut byra tak normal, kaki sengetla apala. Byra merangka masa umur setahun 2 bulan tak silap. Masa tu Mika lahir. Byra tak jalan lagi.

Dalam setahun setengah baru Byra baru betul2 berani jalan. Masa tu tatih2 lagi. Sama gak hati kecik ngan penakut 😆😆

Tapi sekarang Alhamdulillah.. Normal dan bukan main aktif lagi.

Sebenarnya kita sebagai seorang ibu,hati ngan naluri ok je tapi bila dah masuk campur orang lain, tu yg kadang rasa kecik ati sikit dan terpikir2 ngan jadi terlampau risau lak.

Walau camna pun, Shieda syukur sangat anak2 Shieda yang no 3 ngan 4 walau agak special lain sikit dari kembar ngan anak orang lain, tapi diaorag cergas ngan sihat. Tak ada alahan, kulit sihat ngan cantik, tak de ekzema, takde asma ngan jarang sakit or demam. Itu yang Shieda syukur sangat.

Husband pun suruh abaikan jika ada mulut cakap bukan2. Nurse pun cakap abaikan jika ada orang cakap camtu. Dalam buku kesihatan pun cakap paling lambat anak berjalan 18 bulan. Tak semesti setahun dah wajib kena jalan..

Anak korang ada tak yang pelik cam anak Shieda jomlah share..


Comments

Popular posts from this blog

Daftar RFID secara percuma

Minggu lepas ikut husband pasang tag RFID. Diberitahu sehingga bulan March ni, pendaftaran masih lagi percuma. Bermula April, bayaran untuk tag RFID akan dikenakan. Staff yang uruskan beritahu dalam RM80 akan dikenakan untuk 1 tag.

Dah alang-alang turun KL teman husband, ajak husband pergi ke kaunter untuk lekat tag sekali. Sebenarnya proses untuk daftar mudah je, tapi disebabkan ramai yang walkin dan beratur tak prepare siap-siap apa yang perlu dibuat, maka proses dikaunter menjadi lama.

Bila sampai turn husband kejap je dah settle sebab husband dah prepare awal-awal.  Hampir 2 jam jugaklah beratur semalam. Staff beritahu husband pagi semalam beratur lagi panjang sampai ke luar pintu.

Daftar RFID :

1) Register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, anda akan dapat email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi.

2) Download aplikasi Touch n Go Ewallet


3) Walkin ke RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan ge…

SET MIGRAIN SHAKLEE | PUNCA MIGRAIN | TIPS KURANGKAN MIGRAIN

Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Bagaimana Migraine Berlaku Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah: Stress atau tekananPengambilan alkoholSesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh

TIPS SUBURKAN POKOK

Tips Suburkan Pokok

Haritu ada terbaca cara nak suburkan pokok ialah dengan siram pokok dengan susu basi.

Saja je try, tak sangka betul - betul menjadi.

Sebelum ni pokok daun kari dan pokok daun pandan tu layu, hampir nak mati sebab musim panas kan. Tambah pulak, Shieda kadang - kadang lupa nak siram hari - hari.

Selalu siram dengan air bancuhan beras. Sekarang ni asal ada lebihan susu anak yang tak habis, saja simpan lama - lama sampai basi, siram kat pokok😅

Boleh tengok gambar pokok tu ada warna kusam dan layu. Dan ada daun baru yang tumbuh mekar dan hijau warnanya selepas disiram dengan susu basi tu😊😊

Kalau ada yang nak cuba tips ni, boleh cuba. Tak payah letak baja pun tak apa 😊

Tips Suburkan Pokok
Tips Suburkan Pokok

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA
=================


Berapa liter air perlu minum sehari. Ini soalan yang biasa didengar. Mungkin juga soalan yang bermain di minda kita.

Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah? Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air?

Ini soalan yang sama saya lontarkan kepada Prof Dinges, professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania.

Dua minggu menerima latihan di University of Pennsylvania. Melihat manusia tinggal di dalam sleep lab selama 10 hari. Menakjubkan.

Mereka berjalan dengan ke sana ke mari wayar melekat di kepala. Semua aktiviti mereka direkod. Semua maklumat aktiviti otak  diproses dan dikaji.

Saya dapati ada kaitan antara tidur dan air.

Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Bukan salah bantal.

Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang…

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2019

Assalammualaikum..

Harini Shieda nak share Promosi Shaklee April 2019

Memang best-best promosi ni. Bagi yang dah lama risik barangan Shaklee, inilah masanya untuk grab. Rugi tak daftar segera 😊

1. YOUTH Intensive Treatment and Repair Set

Promo ini terbuka kepada yang sudah menjadi ahli, sudah expired keahliah Shaklee, mahupun belum pernah menjadi ahli Shaklee.
Dengan pembelian Full Set YOUTH ini, anda akan dapat Free YOUTH Travel Set & Travel Case yang sangat comel. Sepanjang 1 tahun YOUTH berada di pasaran, gift ini yang paling unik setakat ini!
Keistimewaan YOUTH Travel Set & Travel Case: Ringan, tak perlu bawa the whole setCantik dan unikMudah dibawa ke mana-manaSkincare tidak tumpah dan tak penyek sebab Travel Case ni keras :)Boleh dibawa dalam penerbangan kerana 100ml sahaja setiap botolDidatangkan bersama beg lutsinar jugaTidak dijual di mana-mana! Nilai set ini ialah RM 285 tau
So, kena cepat-cepat grab peluang ini sebab Shaklee kata 'selagi stok masih ada' ;)
Good …