Skip to main content

Enam Fakta Penting PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang perlu anda tahu


Umum ramai dah tahu, semalam Kerajaan telah umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober 2020. 

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

Berikut adalah enam ringkasan PKPB yang dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya: 

#1 Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. 

#2 Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

#3 Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. 

#4 Masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup, di samping semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.

#5 Pusat-pusat hiburan dan kelab malam turut tidak dibenarkan beroperasi.

6# Semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan senarai prosedur operasi standard (SOP) lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.





Marilah kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab patuh PKPB ini agar dapat kita putuskan rangkaian COVID 19 di negara kita



Comments

Popular posts from this blog

Daftar RFID secara percuma

Minggu lepas ikut husband pasang tag RFID. Diberitahu sehingga bulan March ni, pendaftaran masih lagi percuma. Bermula April, bayaran untuk tag RFID akan dikenakan. Staff yang uruskan beritahu dalam RM80 akan dikenakan untuk 1 tag. Dah alang-alang turun KL teman husband, ajak husband pergi ke kaunter untuk lekat tag sekali. Sebenarnya proses untuk daftar mudah je, tapi disebabkan ramai yang walkin dan beratur tak prepare siap-siap apa yang perlu dibuat, maka proses dikaunter menjadi lama. Bila sampai turn husband kejap je dah settle sebab husband dah prepare awal-awal.  Hampir 2 jam jugaklah beratur semalam. Staff beritahu husband pagi semalam beratur lagi panjang sampai ke luar pintu. Daftar RFID : 1) Register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, anda akan dapat email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi. 2) Download aplikasi Touch n Go Ewallet 3) Walkin ke RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pen

TIPS SUBURKAN POKOK

Tips Suburkan Pokok Haritu ada terbaca cara nak suburkan pokok ialah dengan siram pokok dengan susu basi. Saja je try, tak sangka betul - betul menjadi. Sebelum ni pokok daun kari dan pokok daun pandan tu layu, hampir nak mati sebab musim panas kan. Tambah pulak, Shieda kadang - kadang lupa nak siram hari - hari. Selalu siram dengan air bancuhan beras. Sekarang ni asal ada lebihan susu anak yang tak habis, saja simpan lama - lama sampai basi, siram kat pokok😅 Boleh tengok gambar pokok tu ada warna kusam dan layu. Dan ada daun baru yang tumbuh mekar dan hijau warnanya selepas disiram dengan susu basi tu😊😊 Kalau ada yang nak cuba tips ni, boleh cuba. Tak payah letak baja pun tak apa 😊 Tips Suburkan Pokok Tips Suburkan Pokok

Kenapa Tak Boleh Jual Shaklee di E-commerce

Kenapa Tak Boleh Jual Shaklee di E-commerce Soalan yang selalu Shieda terima, " Shieda, kenapa kat Shopee lebih murah?" " Harga barang Shaklee berubah-ubah ke?" Setiap pegedar shaklee tak dibenarkan oleh company untuk jual kat ecommerce, lazada, shoppe etc Shaklee tak bagi kite jual kat shoppe atau ecommerce ada banyak sebab , company tak boleh nak responsible if anything happen. Seller pun tak kenal kan camne nak redeem if rejected samples. Ha’ah kat shoppe memang murah harga tapi seller takkan bertanggungjawab kalau barang yang sampai tu expired atau botol yang sampai tu nanti pecah etc etc. Banyak kes dah customer ni share .Kesian kadang-kadang tu tapi tak boleh nak tolong sebab beli bukan direct under company. Dan tak boleh jual kurang daripada harga ahli (undercutting price) Ini memang melanggar etika. Sebab; 1. Shaklee nak menjaga setiap hak distributor. Kalau ade yang jual lagi murah atau kurang dari harga ahli, nanti akan berlaku ketidakahli

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA

KEPENTINGAN AIR UNTUK OTAK, TIDUR DAN KEHIDUPAN MANUSIA ================= Berapa liter air perlu minum sehari. Ini soalan yang biasa didengar. Mungkin juga soalan yang bermain di minda kita. Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah? Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air? Ini soalan yang sama saya lontarkan kepada Prof Dinges, professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania. Dua minggu menerima latihan di University of Pennsylvania. Melihat manusia tinggal di dalam sleep lab selama 10 hari. Menakjubkan. Mereka berjalan dengan ke sana ke mari wayar melekat di kepala. Semua aktiviti mereka direkod. Semua maklumat aktiviti otak  diproses dan dikaji. Saya dapati ada kaitan antara tidur dan air. Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Bukan salah bantal. Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu

4 Manfaat Utama Performance Drink

4 Manfaat Utama Performance Drink Shaklee: 1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepatMenggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikalMeningkatkan daya tahan ototMemanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh. 2. Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuhMengimbangi metabolism air dalam tubuh.Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium danchloride.Produk ini turut dirumus eksklusifuntuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian. 3. Mencegah Dehidrasi Mengurangkan kehausan,Mencegah dehidrasiMelembapkan kulitKelihatan muda. 4. Mengekalkan Paras Gula Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot.Percepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot. Sempena bulan Ramadhan ni, Shaklee akan keluarkan perasa baru Performance Drink n