Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selalu kita terlalu berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara sampaikan diri kita akan menjadi terlalu lemah tak dapat nak lawan perkataan negatif yang terlalu mengawal minda kita.
Kadang - kadang kata - kata kita tu dah jadi kebiasaan dan turut mempengaruhi pemikiran kita.
Contoh perkataan negatif yang kita boleh gantikan dengan perkataan positif ialah :
Perkataan Negatif |
Perkataan Positif |
Saya akan cuba |
Saya akan lakukan yang terbaik |
Saya tidak tahu |
Saya akan pastikannya |
Masalah |
Cabaran |
Tiada masalah |
Saya bangga berkhidmat dengan anda |
Aiyo |
Yeh! Wow! |
Marah |
Mesej |
Susah |
Menarik |
Terpaksa |
Ingin / Mahu / Hendak |
Semua perkataan positif diatas sangat penting supaya boleh menjadi "Pahlawan Minda"
Secara tak langsung bantu diri kita akan jadi lebih bersemangat untuk lakukan sesuatu dan pada orang yang dengar pun akan rasa lebih yakin dengan kita.
Jika anda memberikan tindak balas negatif kepada sesuatu cabaran, ia akan membuatkan anda tidak berminat dengan cabaran tersebut.
Comments
Post a comment
Terima kasih atas komen anda :-)