Skip to main content

Benarkah Tuhan wujud??? JAWAPAN KEPADA TUKANG GUNTING RAMBUT

Benarkah Tuhan wujud??? JAWAPAN KEPADA TUKANG GUNTING RAMBUT

Seorang Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz. 

Tukang Gunting: Saya nak tanya satu soalan. 

Ustaz: Ya, silakan. 

Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud? 

Ustaz : Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni. 

Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

Ustaz : "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

Tukang Gunting: Kenapa Ustaz diam?? 

Ustaz : Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai. 

Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap. 

Tukang Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

Ustaz: Berapa harga?

Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz) 

Ustaz : "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.

Ustaz : Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni?? 

Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting. 

Ustaz : Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus. 

Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

Ustaz : Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.

Tukang Gunting: "Terdiam seketika".

Ustaz : Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga. 

Tukang Gunting: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata".

Pengajaran kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Set Cantik Shaklee

Tak dinafikan semua orang suka benda cantik. Pandang ke mana sahaja mesti akan tertancap dan ternampak pada sesuatu yang cantik. Semua orang juga impikan : Kulit bersih / mulus Bebas jerawat Tiada parut Pori kurang terbuka Whitehead dan blackhead kurang Warna tona kulit sekata Kulit kemerahan Kulit berminyak yang terkawal Kulit lembab dan tak terlalu kering Disini, Shieda ingin cadangkan Set Cantik Shaklee. Set ni memang popular dan sentiasa orang cari. Jika kita usaha, Insya Allah akan tercapai impian kita tu..Percayalah, kulit yang cantik, lahirnya dari kulit yang sihat. Fungsi Set Cantik Shaklee 1# Energizing Soy Protein (ESP) (850 gram) ESP adalah minuman yang sangat mudah nak ambil. Tak renyah dan tak perlu resipi khusus pun😅 Antara manfaat ESP adalah ✅ Mencerahkan kulit ✅ Menjadikan tona kulit lebih sekata ✅ Mengurangkan whitehead dan blackhead ✅ Memudarkan parut jerawat ✅ Memberi kulit yang lebih gebu ✅ Atasi sunburn ESP (Energizing Soy Protein) Klik gambar untuk paparan lebih

SET MIGRAIN SHAKLEE | PUNCA MIGRAIN | TIPS KURANGKAN MIGRAIN

Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Bagaimana Migraine Berlaku Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak. Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah: Stress atau tekanan Pengambilan alkohol Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh Tidak cukup tidur Perubahan hormon ketika haid Tabiat meroko

Kenapa Tak Boleh Jual Shaklee di E-commerce

Kenapa Tak Boleh Jual Shaklee di E-commerce Soalan yang selalu Shieda terima, " Shieda, kenapa kat Shopee lebih murah?" " Harga barang Shaklee berubah-ubah ke?" Setiap pegedar shaklee tak dibenarkan oleh company untuk jual kat ecommerce, lazada, shoppe etc Shaklee tak bagi kite jual kat shoppe atau ecommerce ada banyak sebab , company tak boleh nak responsible if anything happen. Seller pun tak kenal kan camne nak redeem if rejected samples. Ha’ah kat shoppe memang murah harga tapi seller takkan bertanggungjawab kalau barang yang sampai tu expired atau botol yang sampai tu nanti pecah etc etc. Banyak kes dah customer ni share .Kesian kadang-kadang tu tapi tak boleh nak tolong sebab beli bukan direct under company. Dan tak boleh jual kurang daripada harga ahli (undercutting price) Ini memang melanggar etika. Sebab; 1. Shaklee nak menjaga setiap hak distributor. Kalau ade yang jual lagi murah atau kurang dari harga ahli, nanti akan berlaku ketidakahli

TIPS SUBURKAN POKOK

Tips Suburkan Pokok Haritu ada terbaca cara nak suburkan pokok ialah dengan siram pokok dengan susu basi. Saja je try, tak sangka betul - betul menjadi. Sebelum ni pokok daun kari dan pokok daun pandan tu layu, hampir nak mati sebab musim panas kan. Tambah pulak, Shieda kadang - kadang lupa nak siram hari - hari. Selalu siram dengan air bancuhan beras. Sekarang ni asal ada lebihan susu anak yang tak habis, saja simpan lama - lama sampai basi, siram kat pokok😅 Boleh tengok gambar pokok tu ada warna kusam dan layu. Dan ada daun baru yang tumbuh mekar dan hijau warnanya selepas disiram dengan susu basi tu😊😊 Kalau ada yang nak cuba tips ni, boleh cuba. Tak payah letak baja pun tak apa 😊 Tips Suburkan Pokok Tips Suburkan Pokok

Daftar RFID secara percuma

Minggu lepas ikut husband pasang tag RFID. Diberitahu sehingga bulan March ni, pendaftaran masih lagi percuma. Bermula April, bayaran untuk tag RFID akan dikenakan. Staff yang uruskan beritahu dalam RM80 akan dikenakan untuk 1 tag. Dah alang-alang turun KL teman husband, ajak husband pergi ke kaunter untuk lekat tag sekali. Sebenarnya proses untuk daftar mudah je, tapi disebabkan ramai yang walkin dan beratur tak prepare siap-siap apa yang perlu dibuat, maka proses dikaunter menjadi lama. Bila sampai turn husband kejap je dah settle sebab husband dah prepare awal-awal.  Hampir 2 jam jugaklah beratur semalam. Staff beritahu husband pagi semalam beratur lagi panjang sampai ke luar pintu. Daftar RFID : 1) Register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, anda akan dapat email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi. 2) Download aplikasi Touch n Go Ewallet 3) Walkin ke RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pen