[KESILAPAN DALAM MEMBUAT KEK]
Assalammualaikum..
Harini ni Admin nak kongsikan beberapa kesilapan dan kesalahan dalam membuat kek. Semoga dengan panduan ini, ianya membantu anda dalam menghasilkan kek yang sempurna, cantik dan sedap.
~Soalan ini sering kali diajukan :
"Kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"
Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya:
(hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)
✔KEK TIDAK NAIK SEKATA :
🎂Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh.
🎂Bancuhan tepung tidak sebati.
🎂Suhu ketuhar mungkin terlalu panas.
🎂Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar.
🎂Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
✔KEK MENJADI BANTAT :
🎂Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
🎂Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul.
🎂Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
🎂Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok.
🎂Sebaik-baiknya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
🎂Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
🎂Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
🎂Suhu ketuhar terlalu rendah.
✔KEK MENDAP DI BAHAGIAN TENGAH :
🎂Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
🎂Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya.
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
🎂Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
🎂Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
🎂Sukatan bahan tidak tepat.
🎂Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
🎂Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
🎂Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
🎂Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
✔KEK TERLALU LEMBAB DAN LEPER :
🎂Terlampau banyak cecair.
🎂Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
🎂Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
🎂Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
✔KEK TERLALU BERAT :
🎂Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
🎂Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
🎂Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
🎂Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung.
🎂Gula yang digunakan melebihi sukatan.
🎂Terlalu banyak cecair.
🎂Suhu ketuhar terlalu rendah.
✔KEK MEREKAH :
🎂Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
🎂Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
🎂Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
🎂Kekurangan cecair.
🎂Acuan / loyang terlalu kecil.
🎂Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
✔KEK BUAH MENDAP :
🎂Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
🎂Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
🎂Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
🎂Terlebih serbuk penaik.
🎂Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit.
🎂Adunan tidak dipukul sebati.
✔ KEK MENJADI KERAS :
🎂Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
🎂Terlalu banyak tepung gandum.
🎂Tidak cukup cecair.
🎂Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
🎂Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
🎂Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
🎂Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
🎂Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
✔ KEK MENJADI KERING :
🎂Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat.
🎂Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
✔ KEK MENJADI SEPERTI ROTI :
🎂Sukatan serbuk penaik tidak tepat.
🎂Sukatan mentega / marjerin tidak tepat.
🎂Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai.
🎂Tepung tidak sesuai.
🎂Adunan tidak dipukul dgn sempurna
✔KEK MENJADI SEPERTI BINGKA :
🎂Bancuhan tidak dipukul sebati.
🎂Terlampau banyak cecair.
🎂Tepung terlalu sedikit.
🎂Suhu ketuhar tidak cukup panas.
Comments
Post a comment
Terima kasih atas komen anda :-)